Wednesday, December 30, 2009

Monday, December 28, 2009

Sambutan Hari Asyura

Hari Ahad yang lepas, saya menghadiri majlis sambutan Hari Asyura yang dipimpin oleh Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki di Masjid Darul Ehsan, Taman TAR, Ampang. Saya hadir bersama adinda saya, Tuan Haji Khairul Rizal. Kami sampai sekitar jam 2.40 petang. Majlis bermula pada pukul 3.00 petang dengan diawali alunan qasidah yang dipimpin oleh Ustaz Abdul Latif. Pengisian majlis seterusnya ialah pembacaan dan pengijazahan beberapa hadith musalsal termasuk hadith musalsal hari Asyura. Syeikh turut menghubungi masyaikhnya di Mesir dan Syam dimana masyaikh syeikh telah mengijazah hadith musalsal secara langsung kepada ikhwan yang hadir pada hari itu. Selepas berbuka puasa, majlis disambung kembali dengan alunan qasidah dan pengijazahan hadith musalsal bersalaman, menyilangkan jari, memakaikan selendang dan menyuap manisan.



Syeikh sedang menyampaikan syarahan

Kitab hadith musalsal yang diijazahkan pada hari itu


Musalsal memakai cincin


Sambungan musalsal memakai cincin

Musalsal hari Asyura

Nilai 3

Sabtu lepas, kami sekeluarga (bersama ibu dan bapa mertua saya) berkunjung ke Nilai 3. Kami berkunjung ke situ untuk meninjau harga peralatan untuk kegunaan madrasah. Peralatan yang dimaksudkan ialah seperti permaidani, sejadah dan rehal. Dari Puchong, perjalanan mengambil masa sekitar 40 minit. Hujan agak lebat sepanjang perjalanan dan kenderaan agak banyak juga di atas jalan. Setelah berada disitu hampir dua jam, kami pun bertolak ke Putrajaya untuk menghadiri majlis sambutan harijadi anak sepupu isteri saya.
Catatan ringkas tentang Nilai 3

PASAR BORONG NILAI 3
Merupakan sebuah pasar borong yang terbesar di Malaysia yang mempunyai 400 unit kedai. Kompleks membeli-belah yang menawarkan pelbagai jenis barangan dengan harga yang istimewa seperti pakaian, kain, perabot antik, perhiasan rumah, kraftangan, peralatan elektrik, barangan tembikar, permainan kanak-kanak dan aksesori kereta. Kedai-kedai dibuka setiap hari seawal jam 10 pagi hingga 10 malam.
Kemudahan
Pengunjung disini disediakan pelbagai kemudahan supaya aktivti membeli-belah lebih menarik seperti tandas awam,surau, taman permainan kanak-kanak, medan selera dan tempat letak kenderaan yang luas dan selesa.
Lokasi
Pasar Borong Nilai 3 boleh dikunjungi melalui laluan Lebuhraya Utara-Selatan ambil susur keluar ke Nilai/Pajam/KLIA. Jarak dari Kuala Lumpur ialah 45 km, dari KLIA 25 km dan dari Tol Nilai hanya 7 km. Bagi yang menggunakan pengangkutan awam pula dari KLIA : Teksi Airport - RM 38.00, Bas AirportCoach - RM 2.50, dari Pekan Nilai : Teksi -RM 10.00 dan KTM Komuter : Dari KL Sentral - Nilai-RM 4.70 dan dari Seremban- Nilai - RM 2.30.
Maklumat Lanjut :
Nilai 3 Wholesale Centre Management Sdn Bhd,No. 231, Jalan Nilai 3/8,71800 Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus.Tel : 06-799 3883Fax : 06-799 3503
Dirujuk dari http://www.mpn.gov.my/padang_borong_nilai3. Dicapai pada 29 Disember 2009
Nilai 3 plans to emerge as regional wholesale centre
Published on: Sunday, January 12, 2003
SEREMBAN: The Nilai 3 Wholesale Centre near here, a new shopping paradise in the state, has ambitious plans to emerge as the largest wholesale centre in South-east Asia.
Set up only a year ago, it has been well-received as evident by the number of visitors patronising the place, sometimes reaching 10,000 during weekends and public holidays from 3,000 on weekdays.
Among the pull factors for the centre - set up initially to promote goods from China, was that it housed well-known suppliers and wholesalers, its Managing Director, Wong Ah San, said yesterday.
From just over 20 outlets when it started a year ago, there are 130 outlets today with more to come,” he said.
He said the centre aims to serve the whole South-East Asian region following the coming onstream of the Asean Free Trade Area (Afta) this year.
This was also in line with state government’s policy of stimulating the economy, particularly the tourism industry by turning Nilai 3 Wholesale Centre into a wholesale and shopping paradise as well as tourist centre,” he said.
Nilai 3 Wholesale Centre is strategically located at the Nilai 3 Industrial Park, which is about 40 km from Kuala Lumpur and is approximately 32 km from Putrajaya and Cyberjaya and about 17 km from the Kuala Lumpur International Airport (KLIA).
Among the goods available for sale at the centre are premium gift items, soft toys, toys, shoes, kitchenware, porcelain gift items, Chinese tea pots, art and paintings, display shelves, hardware, watches, textiles, clothes, furniture, fruits, Chinese herbs, bathroom accessories, textiles, household goods, Malay custom wedding accessories, handicrafts, aquarium and related products, local food products and tit-bits, stationery, lighting and decorations, and festival related foods and products.
The Nilai 3 Industrial Park with a total area spanning 164.8 hectares (412 acres) of freehold title is located at the fastest growing and development area south of Kuala Lumpur, and is situated at the central part of the Nilai Industrial Zone, the prime industrial development area.
The area also houses the largest Small and Medium Industrial factory projects in Negeri Sembilan.
Todate, some 120 ha (300 acres) of the Nilai 3 Industrial Park have been fully developed. - Bernama
Dipetik dari http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=16258. Dicapai pada 29 Disember 2009



Kami sampai di Nilai 3 lebih kurang jam 4 petang. Hujan lebat turun mencurah-curah

Kedai favourite anak saya, kedai yang menjual pelbagai jenis alat permainan

Sebatang jalan menghala ke Textile Walk


Tikar-tikar yang dijual dengan corak terkini. Harga paling murah bagi saiz besar ialah RM 35

Hookah yang mempunyai pelbagai perisa. Ada perisa epal, anggur dan sebagainya. Sepanjang tinjauan saya, hanya satu kedai ini sahaja ada menjual peralatan ini. Lupa pulak nama kedai tapi pemiliknya kalau tak silap saya orang Turki kut. Kedai ini turut menjual permaidani, tikar, sejadah, rehal dan bingkai tulisan al-Quran

Pancuran air buatan

Satu lagi pancuran air buatan

Harga pancuran ini mencecah ribuan ringgit

Yang ini pula kalau tak silap saya mencecah harga RM 6000

Permaidani dengan corak terkini

Replika sebegini mengingatkan saya kepada lawatan di Muzium Kesenian Islam sebelum ini

Replika pedang untuk hiasan dinding

Replika pistol lama

Hujan telah reda

Laluan ke Textile Walk

Pemandangan deretan kedai dari hadapan surau

Surau al-Zarob di Nilai 3
Gerai menjual makanan, letaknya bersebelahan dengan surau

Laluan ke gerai makanan dari surau

Pandangan hadapan surau

Deretan kedai dari depan gerai makanan

Bubur Asyura

Hari Asyura iaitu 10 Muharram jatuh pada hari Ahad lepas. Sahabat saya, Din bagaimanapun telah mula mengacau bubur Asyura pada 9 Muharram iaitu sehari sebelum hari Asyura. Kalau tak silap saya dia dan rakan-rakan sepejabatnya menyediakan bubur asyura jenis pedas (manis). Sebenarnya, telah menjadi tradisi mereka sepejabat mengadakan majlis menyediakan bubur asyura saban tahun. Mereka akan mula mengacau bubur dari waktu pagi sehinggalah selesai. Mereka mengadakannya dirumah mereka secara bergilir setiap tahun. Tahun ini, kena rumah Din. Jadi dapatlah saya tumpang sekaki melihat mereka mengacau bubur. Sungguh meriah acara ini dan hikmahnya ialah dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama jiran dan taulan.
ANTARA ADAT DAN SYARIAT: BUBUR ASYURAA'
Perkara yang sering menjadi adat dikalangan kita ialah memasak BUBUR ASYURAA'. Hal ini disandarkan kepada peristiwa Nabi Allah Nuh as.Disebutkan dalam kitab Nihayatuz Zain (halaman 196 Syeikh Nawawi Al-Banteni), Kitab Nuzhatul Majalis (halaman 172 Syeikh Abdur Rahman Al-Ushfuri), Kitab Jam'ul Fawaid ( halaman 132 Syeikh Daud Al-Fathoni) bahawasanya ketika mana bahtera Nabi Nuh as berlabuh di bukit Juudi pada hari Asyuraa maka berkatalah baginda kepada umatnya :
"Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih, maka dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila' iaitu kacang ful dan satu genggam kacang Adas dan Ba'ruz dan tepung dan kacang Hinthoh sehingga menjadi tujuh jenis biji bijian yang dimasak""Maka berkata Nabi Nuh as : Masaklah sekaliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang".Maka berdasarkan kisah inilah sebahagian kaum muslimin menjadikan makanan mereka itu daripada biji bijian yang dinamakan BUBUR ASYURAA' (bubur yang dimasak sempena hari kesepuluh dalam bulan Muharam). Dan itulah masakan yang pertama dimasak di atas permukaan bumi setelah berlakunya banjir besar dan taufan yang melanda bumi.Syeikh Ibn Hajar Al Asqolani bersyair dengan katanyaفي يوم عاشوراء سبع تهرس بر أرز ثم ماش عدسوحمص ولوبيا والفول هذا هو الصحيح والمنقولMaksudnya : Pada Hari Ayuraa' terdapat tujuh yang dimakan iaitu Gandum, (tepung) Beras, kemudian Kacang Mash (kacang kuda), Kacang Adas (kacang dal), Kacang Himmash (kacang putih), Kacang Lubia ( sejenis kacang panjang) dan kacang Ful. Inilah kata-kata yang sohih dan manqul (yang diambil dari kata-kata ulamak). Daripada apa yang dibahaskan di atas, maka dilihat bahawa sejarah BUBUR ASYURAA' ini diambil daripada peristiwa arahan dan perintah Nabi Nuh as kepada umatnya ketika dahulu. Perkara ini bukanlah termasuk dalam hukum hakam yang ada nasakhnya dalam Syariat Islam. Ianya hanya kisah dan peristiwa yang perlu diambil iktibar dan dihayati oleh umat manusia dan seterusnya beriman dan menghampirkan diri kepada Allah swt dengan sebenar-benar taqwa. Andai arahan itu merupakan suatu perintah, maka kita mengatakan ia merupakan Ash Syar'uu Man Qablana iaitu perkara syariat yang berlaku pada zaman dan umat terdahulu yang tidak dinasakhkan untuk menjadikan iktibar dan panduan hidup berterusan umat akan datang. Maka BUBUR ASYURAA' merupakan salah satu daripada perkara yang disebutkan sebagai Ash Syar'uu Man Qablana yang boleh kita amalkan dalam kehidupan kita dan ia tidaklah di anggap sebagai suatu BIDAAH. Tanggapan sebahagian orang yang mengatakan perkara ini BIDAAH dan adat semata-mata adalah tidak benar. Adat juga boleh menjadi Ibadah andai perkara seperti memasak BUBUR ASYURAA' ini kita jadikan sebagai amalan untuk mengingati dan menghayati peristiwa yang berlaku di zaman Nabi Nuh as. Kerana kelalaian dan lupa dengan tuntutan beragama, dan di sebabkan menuruti kehendak nafsu yang rakus, maka Allah tenggelamkan mereka sehingga tiada suatu pun yang tinggal dan disimpan untuk dimakan melainkan sedikit sahaja. Maka tidak salah kita adakan Majlis Memasak BUBUR ASYURAA' dengan penghayatan tersebut dan bertujuan untuk memberi makan kepada keluarga, faqir miskin yang sangat memerlukan dan menjamu orang yang berbuka puasa dan sebagainya. Ia akan dihitung sebagai Ibadah yang mulia disisi Allah swt Insyaallah.




Dua kawah digunakan untuk penyediaan bubur asyura

Proses mangacau (meraduk) bubur bermula seawal pagi

Sunday, December 20, 2009

Tafsir Surah Yaasiin

Pada hari Ahad, saya ke Taman TAR menghadiri majlis ilmu Syeikh Fuad. Ada dua sesi majlis diadakan pada hari tersebut. Pertama, syarahan kitab Titisan Hujan Lautan Sufi yang bermula selepas maghrib dan berakhir sebelum isyak dan kedua, syarahan kitab Tafsir Surah Yaasiin yang bermula selepas solat Isyak dan berakhir sekitar jam 9.40 malam. Kitab amalan Awal Muharram dan Hari Asyura juga turut dijual pada malam itu.



Kitab Tafsir Surah Yaasiin yang disusun dan disyarah oleh Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki. Kitab ini dijual dengan harga RM 20




Kitab amalan Awal Muharram dan Hari Asyura ini dijual dengan harga RM 5





KELEBIHAN SURAH YAASIIN
Atho Bin Abi Rabaah 'Rahmatullah alaih' telah berkata bahawa beliau telah mendapati sebuah hadith menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda, " Sesiapa yang membaca Surah Yaasin di awal hari, maka hajatnya akan ditunaikan (oleh Allah s.w.t).
Sheikh Zakaria 'Rahmatullahi alaih' telah menjelaskan syarahan tentang hadith ini; "Berbagai-bagai kelebihan Yaasin telah disebutkan di dalam berbagai-bagai hadith, diantaranya ialah; Setiap sesuatu mempunyai hati, hati Al-Quran ialah Yaasin. Sesiapa yang membaca Yaasin, Allah akan menuliskan ganjaran baginya seolah-olah dia telah membaca sebanyak 10 kali khatam Al-Quran"
Dalam sebuah hadith lagi, menyatakan bahawa Allah s.w.t membacakan Surah Taha dan Surah Yaasin seribu tahun sebelum menciptakan langit dan bumi. Apabila para malaikat mendengar berita ini, mereka telah berkata, "Amat bertuahlah ummat yang akan menerima Nuzul Al-Quran, bertuahlah hati-hati mereka yang menghafaz Al-Quran dan bertuahlah lidah-lidah mereka yang membacakan Al-Quran."
Sebuah hadith lagi, "Sesiapa yang membaca Yaasin semata-mata kerana Allah s.w.t, segala dosanya yang terdahulu akan terampun, oleh itu bacalah Surah Yaasin ini untuk orang yang telah meninggal dunia."
Menurut sebuah hadith, di dalam kitab Taurah, Surah Yaasin dinamakan sebagai mun'imah (pemberi ni'mat) kerana surah ini membawa kebaikan kepada pembacanya di dunia dan akhirat, menghindarkan penderitaan di dunia dan akhirat serta menjauhkan kedahsyatan akhirat.
Surah Yaasin juga dikenali sebagai Rafi'ah Khafidhoh maknanya yang meninggikan darjah mu'min dan merendahkan darjah orang kafir.
Sebuah riwayat menyatakan, Rasulullah s.a.w bersabda, "Hatiku mahu supaya Surah Yaasin berada di dalam setiap hati ummatku.". Dalam hadith yang lain pula, jika seseorang itu membaca Surah Yaasin setiap malam, dan kemudiannya mati, kematiannya dikira sebagai syahid.
Suatu hadith mafhumnya, "Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, dosanya akan diampunkan, jika dibaca ketika kelaparan, kelaparannya akan pergi. Jika dibaca ketika sesat jalan, dia akan kembali ke pangkal jalan, jika dibaca ketika hilang kenderaannya, kenderaannya akan ditemui kembali, jika dibaca kerana khuatirkan makanan tidak cukup, makanannya akan dicukupkan, jika dibaca kepada pesakit yang sedang nazak, kesakitan nazaknya akan dikurangkan, jika dibaca kepada wanita hamil yang sukar melahirkan anaknya, kelahirannya dipermudahkan, jika dibaca kerana takutkan pemerintah dan musuh yang kejam, ketakutannya akan dihilangkan."
Dalam sebuah hadith, jika seseorang itu membaca Surah Yaasin dan Shoffat pada hari Jumaat lantas dia berdoa, doanya akan dimaqbulkan.
(Penulisan di atas adalah petikan dari Kitab Fadhail Amal karangan Sheikh Maulana Zakaria Kandahlawi 'Rahmatullahi alaih' di dalam bab Fadhail Quran, Bahagian Kedua di Hadith Yang Kedua, Kitab Fadhail Amal dikarang di dalam bahasa asalnya iaitu bahasa Urdu dan telah diterjemahkan di dalam lebih daripada 20 bahasa termasuk bahasa Melayu dan Indonesia)
Artikel ini dipetik dari http://www.darul-huffaz.com/Kelebihan_Surah_Yaasin.html. Dicapai pada 21 Disember 2009

Lagenda Beting Beras Basah

Penuh dengan mistik. Itulah yang boleh saya simpulkan selepas menghadiri pembentangan khas Lagenda Beting Beras Basah oleh seorang tokoh sejarah Perak, Tuan Haji Ariffin Mohd Dahlan. Selain ingin mengetahui lebih lanjut tentang tempat bersejarah ini, tujuan saya datang kesini adalah untuk meninjau salasilah tokoh samada tokoh pembentang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan saya memandangkan beliau berasal dari Perak. Kata beliau ketika memulakan sesi pembentangan, inilah saat-saat yang paling ditunggu-tunggunya setelah berusaha lebih 30 tahun bertungkus-lumus mendapatkan bahan kajian yang berkaitan dengan Beting Beras Basah selain merasai sendiri pengalaman sepanjang membuat pencarian tersebut. Mungkin berkat Maal Hijrah, maka majlis hari ini dapat berjalan dengan lancar, kata beliau dalam keadaan puas. Kata beliau lagi, hikmah disebalik mengadakan kajian itu ialah, beliau telah berjaya menemui asal-usul keturunannya disamping berhasil merungkai makna mimpi yang telah dialami oleh beliau kira-kira 30 tahun dahulu. Tuan Haji Ariffin atau lebih mesra disapa sebagai Pak Engku memulakan pembentangan dengan menceritakan sepintas lalu sejarah Beting Beras Basah. Sekali-sekala terkeluar juga telo atau loghat Perak yang agak pekat dari mulut Pak Engku. Majlis bertambah rancak apabila Pak Engku memulakan sesi penceritaan pengalamannya. Inilah part yang paling ditunggu-tunggu oleh para hadirin kerana fakta tentang Beting Beras Basah telah ramai yang tahu. Perkara yang paling mengujakan para hadirin ialah tentang keluarnya 7 bendera dari kolam pusar yang timbul dari kawasan tengah lubuk pusar. Sayangnya, peristiwa itu berlaku kira-kira 30 tahun yang lalu. Kata Pak Engku, saya takde kamera waktu itu, kalau tidak ianya tentu menjadi bukti yang paling bernilai dan bersejarah pada hari ini. Namun Pak Engku tetap membawa replika bendera tersebut siap bersama dengan daun pemulihnya sekali. Kata Pak Engku, inilah keadaan sebenar bendera yang ditemuinya berserta dengan daun pemulih sambil menunjukkan posisi bendera dan daun pemulih di belakang bendera. Pak Engku turut membawa bahan-bahan bukti yang lain ketika beliau menziarahi Beting Beras Basah. Antaranya ialah tanah yang digenggam di beting tepi dan air kolam dari lubuk pusar yang sehingga kini tidak pernah berkelodak. Tambah teruja apabila Pak Engku mula menyebut nama-nama jin yang mempunyai kaitan dengan takhta kesultanan negeri Perak. Kata beliau, jin yang mempunyai kaitan dengan takhta kerajaan Perak terdiri dari jin kerajaan dan jin Sulawesi. Pembentangan yang berlangsung sekitar dua jam lebih itu selesai sekitar jam 12.30 tengah hari. Sebelum selesai, beberapa orang hadirin mengajukan soalan kepada Pak Engku termasuklah para tetamu kehormat yang merupakan orang kuat Persatuan Sejarah Malaysia. Pak Engku juga turut menunjukkan beberapa gambar yang sangat istimewa yang telah dirakamnya sebelum ni. Dalam banyak-banyak gambar yang dipaparkannya, dua darinya mengandungi unsur yang sangat mistik. Satu gambar tersebut merakamkan sebahagian bentuk jin yang kelihatan seperti kain putih ketika beliau sedang bersiram di beting tepi manakala satu lagi gambar menunjukkan kelibat buaya putih (didalam gambar tersebut kelihatan bentuk mata dan kepala buaya tersebut) yang sedang menyelam di bawah panca persada. Apapun, pembentangan ini sangat menarik perhatian saya terutamanya dari segi penyediaan bahan yang telah dilakukan oleh Pak Engku. Bukanlah suatu tugas yang mudah untuk memadukan kajian yang berasaskan fakta dan unsur mistik namun Pak Engku telah berjaya menyempurnakannya. Dengan beberapa bahan bukti yang dibawa bersama dan gaya penceritaan yang disandarkan kepada pengalaman peribadi beliau, kajian yang beliau hasilkan ternyata satu kajian yang sangat unik dan menarik. Seperti yang disebut oleh seorang hadirin, pembentangan yang dilakukan oleh Pak Engku adalah sangat asli dan tidak dipengaruhi oleh lenggok atau gaya pensejarahan sarjana Barat. Prof Dr Abdullah Zakaria Ghazali selaku moderator juga memberikan komentar yang sungguh menarik. Kata beliau, peristiwa Beting Beras Basah ini sangat menarik perhatian dan perlu dikaji dengan lebih mendalam. Unsur-unsur mistik yang terkandung didalamnya tidak boleh ditolak begitu sahaja memandangkan pembentang telah mengalaminya sendiri. Semua orang boleh menyatakan bahawa beting tersebut akan timbul apabila air laut surut tetapi apa yang dilalui oleh Pak Engku bukanlah ketika waktu air laut surut. Begitu juga dengan peristiwa lubuk pusar dan kolam yang berada ditengahnya, semuanya memungkinkan usaha kajian yang pastinya membuahkan hasil yang sangat menarik. Di akhir majlis, Pak Engku telah diwawancara oleh wakil media TV9.




Surat jemputan ke majlis pembentangan


Pak Engku sedang memulakan pembentangan

Dato Haji Omar Mohd Hashim selaku Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif memberi ucapan penutup diakhir sesi


Cenderahati dari Persatuan Sejarah Malaysia kepada Pak Engku (tidak kelihatan didalam gambar)

Replika bendera yang dibawa oleh Pak Engku mengikut susunan sebenar

Hadirin bersalaman dengan Pak Engku

Pak Engku bersama para hadirin selepas selesai majlis


Antara salasilah yang dibawa oleh Pak Engku

Pak Engku, Prof Dr Abdullah Zakaria Ghazali (tengah) dan hadirin yang berkongsi pandangan dengan Pak Engku

Batu/Tanah yang dikutip oleh Pak Engku di Beting Tepi

Pasir Beting Beras Basah yang dikutip oleh Pak Engku

Air Telaga Panca Persada

Air Lubuk Pusar yang sangat jernih dan tidak berkelodak

Pak Engku diwawancara oleh wakil media TV9

Sambutan Maal Hijrah 1431

Saya menghadiri sambutan Maal Hijrah 1431 di Taman TAR yang bermula pada petang Jumaat. Hujan rahmat turun selepas solat Jumaat dan berterusan hingga ke tengah malam. Majlis yang bermula selepas solat Asar berakhir sekitar jam 10 malam. Tetamu jemputan yang hadir pada malam itu ialah ulama muhaddith yang berasal dari Mesir iaitu Allamah Syeikh Dr Ahmad Darwish al-Misri. Beliau telah membacakan beberapa hadith dari kitab al-Muwatta karangan Imam Malik. Selain diisi dengan periwayatan hadith dan tazkirah, majlis turut diserikan dengan alunan beberapa qasidah dan Maulid ad-Daibai'i.



Hujan penuh rahmat turun membasahi Taman TAR sewaktu majlis sambutan Maal Hijrah diadakan


Ikhwan menumpukan perhatian kepada syarahan yang disampaikan oleh Syeikh Fuad


Kitab yang dihadiahkan oleh Syeikh Fuad kepada ikhwan yang hadir. Kitab ini berisi syair puji-pujian Imam Abu Hanifah terhadap Junjungan Besar Baginda Rasulullah saw

Pengijazahan hadith musalsal bir-rukyah (musalsal melihat)

Risalah seruan Hijrah (muka 1)

Muka 2


Muka 3

Muka 4