Sunday, February 21, 2010

Catatan Dua Hari Satu Malam - Bahagian 11

Selepas menziarahi maqam Raja Melewar, kami ke Istana Replika Raja Melewar. Replika istana ini letaknya beberapa ratus meter sahaja dari maqam. Khabarnya replika istana ini dibina diatas tapak asal istana Raja Melewar. Walaupun hari itu adalah hari kelepasan umum sempena sambutan Tahun Baru Cina namun replika istana itu tetap dibuka kepada pengunjung. Kami tiba di perkarangan istana lebih kurang pukul 2 petang. Lengang. Kami disapa oleh pengawal keselamatan yang bertugas pada hari itu. Nampaknya dia adalah satu-satunya pegawai kompleks istana tersebut yang bertugas pada waktu itu. "Panas betul hari ni pakcik", saya memulakan perbualan. "Betul. Sebenarnya dah 3 bulan kawasan ni tak hujan", balas pakcik pengawal keselamatan yang kemudiannya mempersilakan kami masuk kedalam istana tersebut. Selain menghimpunkan pelbagai barangan lama, istana tersebut turut memaparkan gambar-gambar lama yang ada kaitan dengan sejarah Negeri Sembilan khususnya dalam daerah Rembau. Selesai menziarahi istana, kami bertolak pulang menuju ke Senawang sebelum masuk semula ke highway menghala ke Puchong.


Replika istana dari jalan besar


Pintu masuk istana


Tak silap saya ini batu kasur (batu timbang)

Dan ini pula batu bertikam (atau yang batu kasur tadi sebenarnya batu bertikam? Wallahualam)


Penerangan tentang kedua-dua batu itu (dipamerkan di hadapan pintu masuk istana)




Replika Istana yang merangkap Muzium Rembau

Galeri Dato' Undang berkunci ketika kami melawat istana (atau muzium)


Gambar maqam Undang Luak Rembau yang pertama

Gambar maqam Undang Luak Rembau yang ke-5


Gambar maqam Undang Luak Rembau yang ke-12

Gambar maqam Undang Luak Rembau yang ke-13

Gambar maqam Undang Luak Rembau yang ke-18



Gambar maqam Undang Luak Rembau yang ke-19

Senjata lama yang dipamerkan

Gambar rumah Minangkabau

Plak penerangan Singgahsana Raja Melewar


Singgahsana Raja Melewar


Maqam Panglima Bugis di Kota Pedas


Tapak istana Raja Melewar



Danau Istiadat Emas

Lakaran wajah Raja Melewar

Laluan Raja Melewar

Plak penerangan laluan Raja Melewar

Batu penerangan Istana Raja Melewar

Catatan Dua Hari Satu Malam - Bahagian 10

Selesai makan di Pulau Sebang, kami bergerak menuju ke Senawang. Saya mengambil jalan lama. Dari Pulau Sebang, kami menyusuri Pekan Tampin, Kota dan Rembau sebelum sampai Senawang. Dalam perjalanan ke Rembau, saya terlihat papan tanda yang menunjukkan arah ke Istana Replika Raja Melewar dan Maqam Raja Melewar. Kedua-dua lokasi tersebut terletak di Astana Raja. Lokasinya dari simpang jalan utama adalah lebih kurang 6 km. Dalam perjalanan ke sana, saya ternampak sebuah maqam yang agak terserlah di tepi jalan. Maqam tersebut adalah maqam Undang Rembau Dato' Lela Maharaja Hj. Ipap Abdullah yang merupakan Dato Undang Luak Rembau ke-19. Sejarah pemegang jawatan ini agak panjang iaitu bermula dari tahun 1540 Masehi. Pemegang pertama jawatan ini ialah Dato' Lela Maharaja Si Rama yang menyandangnya dari tahun 1540 hingga 1555 Masehi. Selepas itu, barulah kami ke lokasi maqam Raja Melewar yang letaknya lebih kurang 3 km sahaja dari maqam Undang Rembau itu. Istana Replika pula terletak kira-kira 500 meter sahaja dari maqam Raja Melewar.




Maqam Undang Rembau Dato' Lela Maharaja Haji Ipap Abdullah yang menyandang jawatan Dato' Undang Luak Rembau dari tahun 1938 hingga 1962 Masehi


Almarhum Dato' Undang Luak Rembau Lela Maharaja Haji Ipap Abdullah (gambar dirujuk dari sini)

Salah satu maqam dalam kawasan maqam Raja Melewar

Batu penerangan maqam

Sepasang maqam tersebut menggunakan batu nisan Aceh


Batu penerangan tentang maqam

Sisi lain pandangan maqam

Friday, February 19, 2010

Catatan Dua Hari Satu Malam - Bahagian 9

Sampai saja di A'Famosa, anak-anak saya dah tak sabar-sabar nak main air. Dua keluarga lain yang sampai lebih awal sedang sibuk membuat persiapan barbecue manakala anak-anak mereka masih seronok berendam dalam kolam. Banglo yang kami sewa ini adalah milik persendirian. Ia mempunyai empat bilik dan dua bilik air. Kesemua bilik dilengkapi dengan air-cond. Boleh dikatakan hampir kesemua banglo yang ada di kawasan ini memiliki poolnya sendiri. Kami hanya sewa untuk satu malam sahaja. Esoknya, lebih kurang pukul 12 tengah hari, kami check-out. Plan hari tu nak bawak anak-anak melawat Animal Safari tapi pengunjung ramai sangat. Disebabkan jam pun dah pukul 12 lebih, plan kemudiannya diubah iaitu pergi menikmati hidangan cendol di Pulau Sebang. Saya order mee bandung, boleh tahan. Selepas makan, masing-masing bawa haluan.


Banglo di A'Famosa Resort

Kolam yang sentiasa menjadi tumpuan kanak-kanak. Pagi-pagi lagi dah mula bersiap nak masuk dalam kolam


Jalan sebelah kanan banglo

Jalan sebelah kiri banglo


Makan cendol

Cendol Pulau Sebang, Melaka beberapa km sahaja dari A'Famosa menuju ke Tampin

Wednesday, February 17, 2010

Catatan Dua Hari Satu Malam - Bahagian 8

Seterusnya kami kembali ke misi sebenar iaitu ke A' Famosa Resort. Jam dah pun menunjukkan hampir pukul 4 petang. Kami mencari jalan keluar dari Bandar Melaka menuju ke Alor Gajah. Dua keluarga lain dah pun sampai di A' Famosa. Khabarnya mereka sedang bersiap-siap menyediakan tempat untuk barbecue manakala anak-anak mereka sudah pun berendam dalam kolam. Kami sampai di A' Famosa 1/2 jam kemudian.



Dalam perjalanan mencari jalan keluar ke Alor Gajah, ternampak bot ala cruise membawa penumpang merentasi sungai

Sisi lain pemandangan bot dan sungai

Sungai yang bersih dan dijaga dengan baik

Bot yang sama berpatah balik

Saya tak pasti dimana perhentiannya. Masa tak begitu mengizinkan kalau tak mungkin dah cuba naik bot tu


Banner sambutan Maulid

Masjid Kampung Cheng

Catatan Dua Hari Satu Malam - Bahagian 7


Usai menziarahi maqam Hang Kasturi, kami kembali ke tempat parkir kereta. Pakcik yang saya bertanyakan arah lokasi maqam tadi masih berada di pintu masjid. Saya kembali merapatinya. Kali ini ringan pula mulut saya bertanyakan lokasi Kampung Ketek. "Dekat je dik. Depan tu je haa. Nampak tak orang jual air depan tu", kata pakcik yang saya terlupa bertanyakan namanya. "Jalan straight ni ke?" Saya mendapatkan kepastian. "Mari sini ikut pakcik." Kami menurutinya. Rupanya dekat saja dengan Masjid Kampung Kling. Lebih dekat dari maqam Hang Kasturi. Dari Masjid Kampung Kling, kami hanya perlu berjalan tegak sahaja sehinga sampai ke sebuah rumah yang bertentangan dengan tokong Cina. Situlah letaknya Kampung Ketek. Apa istimewanya Kampung Ketek ini? Sebenarnya, disinilah letaknya maqam seorang ulama besar abad ke-17 yang berasal dari Aceh iaitu Syeikh Shamsuddin as-Sumatra'i. Beliau banyak menghasilkan karya-karya yang berasaskan tasawwuf. Salah satu karyanya bertajuk Syarah Ruba'i Hamzah Fansuri. Karyanya ini pernah diterbit semula oleh Dewan Bahasa Pustaka pada tahun 1976. Syeikh Syamsuddin turut mensyarah sebuah syair Hamzah Fansuri yang berjudul Sya'ir Ikan Tongkol. Malah nama laman blog ini juga diinspirasikan dari sya'ir tersebut. Selain maqam Syeikh Syamsuddin, Kampung Ketek juga turut menempatkan rumah Munsyi Abdullah dan rumah lama Melaka yang berusia ratusan tahun.

Maqam Syeikh Shamsuddin as-Sumatra'i yang terletak di Kampung Ketek, tidak jauh dari Masjid Kampung Kling

Batu penerangan maqam


Terdapat kubur-kubur lain di sekitar maqam Syeikh Shamsuddin

Bersih dan tersusun rapi kawasan sekitar maqam ini



Kata tuan penjaga maqam, pokok mata kucing yang terletak betul-betul di pintu masuk maqam Syeikh Shamsuddin ini telah berusia puluhan tahun dan masih berbuah

Pintu gerbang ke kawasan maqam


Papan penerangan rumah Munshi Abdullah

Inilah rumah Munshi Abdullah, letaknya disebelah pintu gerbang maqam


Laluan ke maqam yang agak tersorok. Disebelah kiri ialah rumah Munshi Abdullah


Poster gambar bangunan bersejarah di Melaka yang dilekatkan dalam sebuah rumah lama

Koleksi barangan lama

Loteng rumah lama




Tangga menuruni loteng


Rumah lama ini masih lagi didiami orang

Salah satu laluan utama ke Kampung Ketek

Replika rumah Melaka di Kampung Ketek



Batu tanda Kampung Ketek


Rumah lama di Kampung Ketek

Laluan dari Kampung Ketek menghala ke Masjid Kampung Kling