Monday, January 3, 2011

Masjid an-Najihin

Sebelum tinggal di Puchong, saya dan keluarga pernah menetap di Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Pada ketika itu, tidak ada bank, deretan kedai dan masjid seperti yang terdapat pada hari ini. Lebih kurang seminggu yang lepas, saya melewati kawasan ini. Barulah saya tahu bahawa sebuah masjid telah didirikan di kawasan ini. Masjid ini letaknya berdekatan dengan Apartmen Penara dan kompleks sekolah. Kalau tak silap saya, dahulunya tapak masjid ini pernah menjadi kawasan gerai Ramadhan. Masjid ini diberi nama Masjid al-Najihin. Berkemungkinan besar ia telah siap dibina sekitar pertengahan tahun 2009. Senibinanya agak menarik bagi saya, menggabungkan senibina lama dan baru. Mungkin kawasannya yang agak terhad maka ruang solat masjid ini mempunyai tiga aras di mana ruang solat utamanya di bahagian bahawa manakala dua aras lagi di bahagian atas.


Pandangan hadapan masjid


Papan tanda masjid


Deretan kedai yang kelihatan


Ada bilik wuduk VIP


Pintu masuk ke ruang solat utama




Doa masuk dan keluar tandas


Ruang solat utama


Pandangan kubah dari bahagian dalam

Ruang solat di bahagian atas




Mimbar


Mihrab


Aras atas


Sisi lain masjid


Menara masjid dari jauh (dari arah Salak Selatan)

PUM

PUM adalah singkatan bagi Persatuan Ulama Malaysia. Lebih kurang dua minggu lepas, saya ke peabat PUM berjumpa dengan 'orang kuat' PUM iaitu Tuan Haji Baharum. Tujuan ke sana adalah untuk menyerahkan draf kajian lapangan saya tentang seorang tokoh ulama Perak. Pejabat PUM yang letaknya di Seksyen 7 Shah Alam ini baharu sahaja beroperasi di sini. Kalau tak silap saya, pejabat PUM sebelum ini terletak di Petaling Jaya. Saya berkesempatan untuk melihat keadaan pejabat dan pada satu ketika, terpegun juga saya apabila melihat suasana dalaman pejabat tersebut yang begitu damai dan selesa.


Logo Persatuan Ulama Malaysia

Bilik mesyuarat

Menara as-Sofa

Pada 19 Disember yang lepas, saya dan keluarga berkesempatan menghadiri satu majlis yang amat bersejarah. Majlis yang dimaksudkan ialah majlis pecah tanah Menara as-Sofa yang disempurnakan oleh Tuan Guru Yang Mulia Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki di sebuah lokasi di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Majlis pecah tanah itu turut diserikan dengan bacaan qasidah, maulid, ucapan dari Timbalan Yang di-Pertua Yayasan as-Sofa dan syarahan yang disampaikan oleh Tuan Syeikh sendiri. Sebuah kitab tafsir yang dikarang oleh Tuan Syeikh juga turut dilancarkan pada malam itu. Tafsir itu diberi judul Tafsir Surah al-Ikhlas.



Majlis bermula selepas solat maghrib


Cenderahati kepada ikhwan yang hadir


Booklet majlis pecah tanah Menara as-Sofa