Monday, January 2, 2012

Klasik

Taman Tasik Taiping sentiasa menggamit perhatian pengunjung untuk datang ke sini apatah lagi kanak-kanak. Kawasan permainannya yang banyak menjadi tumpuan pengunjung kecil. Kemungkinan besar kawasan permainan ini adalah yang tertua dalam negara memandangkan ianya masih lagi boleh diguna hingga kini. Satu-satunya kawasan permainan yang mencuri tumpuan saya ialah gelongsor batu. Apabila melihat gelongsor batu ini, ia mengingatkan kembali zaman kanak-kanak saya. Kini anak-anak saya pula bermain di atasnya. Saya masih ingat lagi ketika saya kecil dahulu, gelongsor batu inilah yang paling happening. Menaiki tangga di bahagian belakang kemudian menggelongsor di hadapan dengan gaya bebas.



Gelongsor batu


Batu tanda yang menyatakan bahawa kawasan permainan ini dihadiah oleh Rejimen Askar New Zealand pada tahun 1961



Kawasan permainan baru

Burmese

Setakat yang saya tahu, ada tiga lokasi air terjun yang jadi tumpuan pengunjung sekitar bandar Taiping. Tiga lokasi tersebut ialah di Taman Austin, Bukit Jana dan Burmese. Berbanding Burmese dan Bukit Jana, saya lebih kerap ke Taman Austin ketika zaman bebudak dulu. Kalau tak silap saya, pengunjung tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk meletak kenderaan di Taman Austin dan Bukit Jana. Manakala di Burmese pengunjung dikenakan sedikit bayaran memarkir kenderaan. Tanpa sebarang perancangan, saya dan keluarga singgah di Burmese setelah bersiar-siar di sekitar Taman Tasik ketika pulang ke rumah ibubapa saya November lepas. Mungkin sebab hari itu bukan hari minggu maka bilangan pengunjung tidak begitu ramai.




Papan tunjuk arah. Ada arah ke Gua Daeng Kuning. Makam Daeng Kuning juga terletak di bandar Taiping. Info tentangnya boleh didapati disini.



Airan air sungai. Kalau tak silap nama sungai ini ialah Sungai Batu Tugoh. Ianya mengalir merentasi Bandar Taiping



Pemandangan sungai dari atas jambatan



Tandas Awam dan lokasi parkir kenderaan

Tasik Cyberjaya

"Kamu selalu petang-petang pergi mana?" Saya bertanya kepada salah seorang pelajar madrasah beberapa hari sebelum cuti sekolah bermula. "Ayah bawa pergi tasik bagi makan ikan", jawab pelajar tersebut yang akan naik tahun 3 tahun 2012. "Jauh tak tasik tu?" Tanya saya lagi. "Dekat je, lalu terus lepas tu nampak tasik", pelajar tersebut menunjuk arah menuju ke tasik yang dimaksudkan dengan gayanya yang tersendiri. Saya andaikan pastilah tasik itu terletak dalam kawasan Cyberjaya. Satu petang, saya membawa keluarga saya bersiar ke tasik yang dimaksudkan. Saya belum pernah mencuba satu jalan yang dikatakan boleh terus menuju ke Cyberjaya. Boleh kata jalan short-cut. Kami lalu jalan tu dan ternyata memang dekat sangat. Dari simpang Amanputra menuju ke Cyberjaya ikut jalan tersebut rasanya lebih kurang 5 minit sahaja. Petang itu cuaca agak mendung seperti nak hujan. Tak ramai orang pada waktu itu.



Penunjuk arah



Jam besar



Menara peninjau



Pemandangan tasik

Pusat Informasi Pelawat dari sisi sebelah kiri







Pusat informasi pelawat dari sisi sebelah kanan

Kawasan permainan kanak-kanak

Pustaka Peringatan P Ramlee

Lebih kurang seminggu yang lalu, saya dan isteri ke Setapak berkenaan urusan pengambilan buku-buku madrasah. Kebetulan stor buku tersebut terletak betul-betul di hadapan bangunan pustaka ini. Inilah kali pertama saya sampai ke sini walaupun saya pernah bekerja di sekitar kawasan Setapak kira-kira 12 tahun yang lalu. Lokasi pustaka ini adalah dalam kawasan taman perumahan.


Bangunan Pustaka Peringatan P.Ramlee


Batu tanda