Ini kali ketiga saya menjejakkan kaki di LCCT. Dua kali sebelum ini, saya sampai disini pada waktu gelap, sebelum subuh. Kali ini saya dapat melihat pemandangan di LCCT dan sekelilingnya kerana sampai pada waktu siang. Saya berkunjung ke sini bersama keluarga saya untuk menghantar anak saudara isteri saya pulang ke kampungnya iaitu Langkawi. Kami sampai lebih kurang jam 4.15 petang. Agak ramai juga pengunjung pada hari itu. Mungkin ada diantaranya yang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung memandangkan Aidilfitri tinggal beberapa hari sahaja lagi.
Pertandingan KAMIL antara SRI 2015 di KPI Bangi
-
Sekolah Rendah Islam al Mansoorah telah menyertai pertandingan Kemahiran
Amal Islami (KAMIL) antara SRI di KPI Bangi pada 5 April 2015. Sebanyak
tujuh buah...
10 years ago
No comments:
Post a Comment