Friday, September 11, 2009

Lailatul Qadar

Kita akan merasa kesal jika mensia-siakan peluang keemasan yang Allah sediakan kepada kita iaitu malam Lailatul Qadar. Kerana segala amal ibadah yang dilakukan pada malam tersebut, ganjaran berlipat kali ganda. Janganlah kita seolah-olah merasakan amal ibadah kita telah banyak sehingga mengabaikan malam tersebut. Malam Lailatul Qadar adalah malam untuk kita melipatgandakan amal ibadah dan mengumpul sebanyak-banyaknya pahala sebagai bekalan ketika bertemu Allah di akhirat kelak. Sedangkan Rasulullah s.a.w. . Sendiri menanti-nanti malam tersebut dan melipatgandakan amalan Baginda, inikan lagi kita sebagai hamba yang banyak melakukan dosa dan sedikit amal. Dalam sebuah Hadis ada menyatakan bahawa Saidatina Aisyah r.a. berkata :

"كَانَ النَِّبيُّ (ص) إِذاَ دَخَلَ الْعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ وَأَحْياً لَيْلَهُ وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ".

( Hadis riwayat bukhari )

Maksudnya : " Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. apabila masuk sepuluh hari terakhir Ramadan, Baginda akan mempertingkatkan amal ibadah, menghidupkan malam dan mengejutkan ahli keluarga " .

Lailatul Qadar adalah malam yang dianugerahkan kepada ummat Nabi Muhammad s.a.w. dan tiada siapa yang tahu bila berlakunya malam tersebut walau diri Baginda sendiri. Sungguhpun demikian, Baginda menasihatkan umatnya supaya sentiasa memperbanyak dan mempertingkatkan amal ibadah khususnya pada malam-malam ganjil pada akhir Ramadan. Sabda Baginda dalam sebuah hadis riwayat Bukhari :

"تَحَرَّواْ لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ".

Maksudnya : " Carilah malam Lailatul Qadar pada malam ganjil sepuluh terakhir Ramadan " .

( Hadis riwayat bukhari )
Justeru, langkah terbaik supaya kita tidak terlepas peluang keemasan malam tersebut hedaklah kita terus beristiqamah melakukan amal ibadah dan memperbanyakkan lagi pada sepuluh malam terakhir terutama pada malam-malam ganjil. Janganlah pula kita terlalu sibukkan diri dengan mementingkan persediaan menyambut hari raya sehingga melupakan dan meringan-ringan amal ibadah .

Penerangan diatas saya petik dari arkib khutbah JAKIM bertarikh 20 Okt 2006.

Thursday, September 10, 2009

Bateri pulak.......

Tak sampai seminggu repair kereta sekali lagi kereta buat hal. Lepas solat Subuh, kereta tak boleh start. Saya suspect ni mesti bateri. Kereta ditinggalkan di masjid dan saya menapak pulang. Saya call pomen minta dia ambilkan saya dirumah. Sambil tunggu pomen datang, sempat jugak saya menyiapkan tiga entri untuk resensi buku. Boleh jenguk kat sini, Sejarah Perak I, Tempat Bersejarah Perak dan Ngah Jabor. Lebih kurang pukul 9.30 pagi agaknya setelah kedai pomen buka, barulah pomen datang ambil saya. Saya pergi menjenguk kereta yang ditinggalkan bersama pomen. Pomen check power battery. Dia geleng kepala. Confirm bateri kong. Dan confirm jugalah duit perlu dikeluarkan lagi. Benarlah kata orang duit tu seperti air. Laju sungguh duit ni mengalir...Bila bawak masuk bengkel, pomen yang bernama Ben itu pun memulakan kerja-kerjanya sambil saya bersembang dengan Joo, seorang bangsa Cina yang dari mula asyik dok tengok kereta saya. Kalau dia berkenan sangat mau saya jual kereta ni, eheh, bisik saya dalam hati. Sebenarnya Joo yang mula-mula tegur saya. Intro dia sempoi. You pakai minyak hitam apa? Saya kata, tengokla minyak apa yang ada kat kedai. I suggest you guna minyak AdPro, sambung Joo. AdPro? Tak pernah saya dengar nama ni. Minyak ni fully sintetik, murah pulak tu, kata Joo. Ni apa hal pulak cerita pasal minyak hitam ni, kata saya dalam hati. You jual minyak ni ke? Tanya saya. Ya, I jadi agen di sebelah pantai timur, kata Joo senyum lebar. Hmm, patutle beria-ria dok sebut nama minyak tu dari tadi. Lepas tu Joo makin rancak menerangkan minyak hitamnya dan saya sekadar mendengarnya. Sedar tak sedar dah dua jam saya kat situ. Dah siap! Kata Ben. Berapa semua? Tanya saya. Semua RM250 termasuk coolant dan belt. Belt apa pulak ni hari tu dah tukar… Ni belt lain, kata Ben sambil tunjuk tempatnya. Oklah, yang penting kereta dah tak meragam dan tak perlu lagi menapak jauh.



Inile rupe minyak AdPro yang diwar-warkan oleh Joo. Harganya RM 128. Joo kata kalau beli dua ketui boleh boleh ada downline, dapat duit balik bla-bla-bla dan macam-macam lagi. Ternganga saya dibuatnya. Aikk, beli minyak pun boleh ada downline?? "Itulah speselnya minyak ni. Penjual untung, pembeli pun untung, win-win maaa", kata Joo. Sambung Joo lagi, tentang downline dont worry. Downline tak payah cari. Semua syarikat yang uruskan. Downline tu sebenarnya macam bonus kepada pembeli. Diorang akan susun secara automatik. Saya sebenarnya tak berapa faham sangat. Tapi Adpro ni dasat. Ada website. Ni website dia, http://www.adpro.com.my/. Boleh refer kat sini. Kata Joo, produk ni baru lagi. Baru je launch bulan lepas. Joo bagi tau saya elok join cepat sebab nanti senang nak dapat downline. Saya kata nanti le dulu sebab saya pun baru je tukar minyak hitam (baru je overhaul minggu lepas). Saya tanya Joo, minyak ni nak beli kat mana? Dia kata minyak ni ada jual kat kedai-kedai worksyop yang diorang market. Dia pun sekarang tengah dok promote minyak tu kat merata-rata kedai worksyop. "Minyak ni bagus. Dia jimatkan petrol. Bunyi enjin pun sedap. Kalau tak percaya cuba you bawak saya punya kereta", kata Joo sambil mengunjukkan kunci keretanya pada saya. Err...takpela lagi pun cuaca panas sangat malas saya nak drive tengah panas, balas saya.


Monday, September 7, 2009

Majlis Ilmu di Shah Alam

Pukul 4.30 petang, Ben (si pomen kereta) call. Kereta abang dah siap, katanya. Eloklah tu, balas saya. Lebih kurang pukul 5.30 petang, kereta saya keluar dari bengkel. Bolehlah saya test drive ke Shah Alam. Sebenarnya pagi-pagi lagi saya ada terima mesej tentang satu majlis ilmu di Shah Alam yang akan diadakan di sebelah malam. Saya bertolak ke Shah Alam lebih kurang pukul 6.15 petang. Bawak slow-slow almaklumlah kereta baru overhaul. Sampai di PERSIDAM lebih kurang jam 7.00 petang. PERSIDAM ini letaknya di Seksyen 13 bertentangan dengan Stadium Shah Alam. Ia diuruskan oleh Ustaz Md Aleh. Maklumat lanjut tentang aktiviti PERSIDAM boleh didapati disini, http://www.persidam.org/. Majlis ilmu tersebut berlangsung di PERSIDAM. Jemaah yang hadir berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib di PERSIDAM. Kira-kira 13-14 orang hadir pada malam itu. Majlis ilmu pada malam itu sebenarnya adalah berkaitan dengan periwayatan hadith musalsal yang telah dihimpun dan diriwayat oleh Syeikh Muhammad Husni al-Langkati al-Azhari. Beliau hadir pada malam itu bersama dua orang pembantunya yang juga merupakan pelajar Malaysia yang tinggal bersama beliau di Mesir. Syeikh Muhammad Husni walaupun usianya masih muda tetapi ilmunya, Masya Allah sangat luas. Beliau telah menimba ilmu dengan ramai ulama-ulama besar di Mesir, Makkah dan Madinah. Syeikh Muhammad Husni sebelum itu telah hadir di Kolej Dar al-Hikmah dalam satu sesi majlis ilmu. Jadualnya agak ketat juga. Selepas majlis di PERSIDAM, beliau perlu berada di Tanjung Karang pada pagi esoknya. Majlis bermula seperti yang dirancangkan iaitu lebih kurang pukul 8.00 malam dan selesai lebih kurang jam 11.30 malam. Selesai majlis, Syeikh bersama pembantunya terus bertolak ke Tanjung Karang. Alhamdulillah, kalau tak silap saya lebih kurang 15 hadith musalsal telah diriwayatkan pada malam tersebut. Sebenarnya dalam kitab Syeikh, terdapat 60 hadith musalsal semuanya. Tetapi ada diantara hadith tersebut yang tidak dapat diriwayatkan berdasarkan faktor masa dan tempat seperti hadith musalsal qunut yang hanya boleh diriwayat ketika membaca qunut dalam solat, hadith musalsal berdoa di multazam, hadith musalsal di hari Jumaat, hadith musalsal hari Asyura dan sebagainya. Ketika mengijazahkan hadith, Syeikh turut mengupas biografi beberapa tokoh yang terdapat dalam rantaian sanad hadith tersebut. Kata Syeikh sebelum menutup majlis, Insyallah beliau akan datang lagi ke Kuala Lumpur untuk mensyarah kitab As-Syamail Muhammadiyah. Jika tiada aral melintang, kemungkinan besar dalam bulan 11 sebelum beliau berangkat pulang ke Mesir.





Tangga ke Pejabat dan Bilik Kuliah PERSIDAM


Syeikh Muhammad Husni sedang menyampaikan syarahannya



Syeikh sedang menunjukkan cara yang betul melilit dan memakai serban sebelum pengijazahan hadith musalsal memakai serban bermula




Kitab yang dikarang oleh Syeikh

Pagi di Maxis

Hari Isnin, kami di Selangor cuti. Cuti sempena Nuzul Quran. Plan hari ini ialah ke Sunway Pyramid. Takde langsung dalam kepala nak membeli-belah disini sebaliknya tujuan utama ialah untuk selesaikan isu line telefon Maxis milik isteri saya. Pusat khidmat pelanggan Maxis ini berada di tingkat 1 (kalau tak silap saya). Saya parking kereta di CP2, turun satu eskelator, belok kanan dan terus nampak kedai Maxis ini. Sebenarnya ini adalah kali kedua kami kemari. Kali pertama ialah sebelum bulan puasa. Disebabkan isu tersebut masih belum settle, terpaksalah kami turun ke sini buat kali kedua. Anak perempuan saya pula asyik bermain-main dengan kerusi bentuk melengkung tu. Rupanya dalam kerusi itu ada display dan sistem bunyi. Sapa-sapa yang duduk dalamnya boleh select lagu pada display yang disediakan dan dengar lagu. Saya ambil kesempatan untuk meninjau-ninjau kawasan sekitar. Lebih kurang 1/2 jam kami disitu. Selesai saja urusan kami terus bertolak ke rumah sepupu isteri saya di Saujana Putra. Tak boleh duduk lama-lama di Sunway Pyramid, boleh 'kurus' pahala puasa.




Pintu masuk pusat perkhidmatan pelanggan Maxis di Sunway Pyramid


Pandangan dalam Maxis (sisi sebelah kiri) dari tempat duduk
Kerusi bentuk melengkung yang menjadi perhatian anak perempuan saya


'Tanglung' Raya?

Sebahagian pemandangan kompleks Sunway Pyramid yang dirakam oleh anak perempuan saya

Sunday, September 6, 2009

Nuzul Quran

Sambutan Nuzul Quran diadakan secara besar-besaran di Masjid Darul Ehsan Taman TAR Ampang pada 6 September 2009. Pada masa yang sama, majlis mengenang peristiwa Badar turut diadakan memandangkan tarikh berlakunya peristiwa itu jatuh pada tarikh yang sama dengan Nuzul Quran (yakni 17 Ramadhan). Majlis bermula jam 3.30 petang. Alhamdulillah dengan izin Allah saya berjaya menghadirkan diri. Saya sampai lebih kurang jam 3.35 petang. Kiri kanan jalan sudah penuh dengan kereta sepanjang laluan ke masjid. Di pintu masuk masjid, jemaah yang hadir akan diberikan satu risalah yang terkandung didalamnya artikel tentang Badar al-Kubra. Syeikh memulakan majlis dengan mensyarah dan mengijazahkan kitab hadith-hadith musalsal yang berkaitan dengan al-Quran tidak lama selepas itu. Terdapat 11 hadith musalsal yang dimuatkan dalam kitab tersebut.


Jadual program sambutan pada 6 September 2009






Laluan menuju ke Masjid Taman TAR



Sesi majlis ilmu diselang-seli dengan qasidah yang dialunkan oleh pelajar tahfiz as-Sofa

Majlis bermula sekitar jam 3.40 petang


Kitab baru yang berada di gerai jualan pada hari itu



Kitab ini bukan kitab baru tetapi saya beli di gerai jualan pada hari itu.



Satu lagi kitab baru yang mula dijual di gerai jualan.


Inilah kitab yang di syarah dan diijazah oleh Syeikh Fuad pada petang itu. Sejumlah 11 hadith musalsal dimuatkan dalam kitab tersebut.


Ini pula adalah risalah Badar al-Kubra yang diedarkan secara percuma kepada jemaah yang hadir. Klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas.

























Nazak

Kereta satriaku makin nazak. Dalam usianya yang melebihi 9 tahun, penggunaan minyak semakin kuat. Ku isi minyak RM 50 tapi bergerak tak sampai 300 km. Bunyi pun dah lain macam. Nak naik bukit pun dah tak berapa larat, lagi kuat makan minyak adala. Bimbang penyakitnya makin melarat, akhirnya hari Sabtu lepas, kugagahkan juga satria merahku menjalani ujian 'pemeriksaan'. Setelah di inspect oleh pomen, ternyata satria kesayanganku terpaksa dimasukkan ke ICU. Banyak part yang perlu diganti dan enjin pun memang dah sampai masa untuk di overhaul. Yalah, usia pun dah lebih 9 tahun, memang patut le pun. Pomen pun menyebut pada ku jenis-jenis part pun yang bukannya ku tau sangat pun - ISC Servo le, host le, mounting le dan macam-macam lagi. Yang ku tau hanyalah timing belt. Kata pomen, nasib baik timing belt tak putuih kalau tak lagi teruk kena ganti valve. Valve ada 12 biji, mau cecah RM 400 lebih sambil menunjukkan padaku sebuah lori kepunyaan seorang kakak dimana timing beltnya telah putus. Pomen tunjuk pada ku part-part yang ada dalam stoknya yang dia sebut tadi. Kata pomen, Ini semua original bang. Lepas tu di bukaknya part-part yang rosak pada keretaku dan ditunjukkan padaku conditionnya. Ada yang dah pecah, loose dan sebagainya. Ku tanya pada pomen berapa semua. Pomen kata, nanti saya kira dulu. Pomen ambik kalkulator, kira satu-satu. Cecah ribu juga. Dalam RM 1400. Kata pomen, semua boleh siap dalam tempoh dua hari, paling cepat pun petang esok (Ahad). Kata pomen lagi, benda ni kena buat slow-slow, kena kasi cuci betul-betul. Ku anggukkan kepala. Kasihan juga tengok keadaan satriaku. Nampak uzur benar. Pomen macam dapat menyelami isi hatiku. Abang jangan risau, lepas ni, enjin macam baru, bunyi pun senyap. Tak sabor rasanya nak tunggu satriaku keluar dari ICU. Nak tengok performancenya selepas di overhaul dan diganti dengan part baru oleh si pomen.

Thursday, September 3, 2009

Mujahadah

Balik solat maghrib semalam, saya on'kan radio dalam kereta saya. Siaran radio IKIM, tak pasti slot apa. Ketika itu Ustaz Zahazan sedang menyampaikan syarahnya. Tiba-tiba ada satu part yang menarik perhatian saya iaitu apabila Ustaz Zahazan menyebut perkataan mujahadah. Pada satu hari, ketika Umar al-Khattab pulang ke rumah, beliau terlihat ada bungkusan daging dalam rumahnya. Beliau tidak tahu siapa pemiliknya lalu bertanya kepada anaknya, Abdullah. Abdullah memberitahu ayahandanya, "Saya yang membelinya kerana saya ingin memakan daging". Kata Umar kepada anaknya, "Wahai Abdullah, adakah setiap kali kamu menginginkan sesuatu maka kamu mendapatkannya?" Kata Ustaz Zahazan, soalan tu adalah soalan killer bagaikan petir dari Umar kepada anaknya. Tak mampu dijawab oleh Abdullah ketika itu. Kata Ustaz Zahazan, keinginan itu adalah nafsu. Para sahabat bersungguh-sungguh memerangi nafsu. Kata Ustaz Zahazan lagi, Umar adalah sahabat Rasulullah saw yang dapat membezakan yang haq dan yang batil. Umar tahu membezakan yang mana keinginan dan yang mana keperluan. Sebab itulah disebut jika ada Nabi selepas Nabi Muhammad saw maka Umar adalah orangnya. Itu cerita para sahabat yang benar-benar memahami erti mujahadah. Entah kita (ditujukan kepada saya sendiri) ini bagaimana pula. Tambah-tambah bulan puasa ni dengan lambakan lauk-pauk. Apatah lagi dengan majlis berbuka sana-sini, ada yang berbuka dihotel dan sebagainya. Adakah ianya keinginan atau keperluan? Membaca dan mendengar kisah-kisah para sahabat benar-benar menginsafkan diri tetapi untuk beramal seperti mereka yang sangat luar biasa amalannya, Allah, Allah, Allah macam langit dengan bumi. Pernah sekali saya terdengar kisah sahabat besar, Usman bin Affan yang mengkhatam al-Quran dalam dua solat rakaatnya. Para sahabat yang telah dijanjikan syurga beramal seperti mereka tidak pernah diberitahu tentang perkara itu. Benarlah kata setengah ulama, iman kita ni nak dapat sekerat kuku iman para sahabat pun belum tentu lagi. Sama-samalah kita berazam untuk tingkatkan iman.