Tuesday, February 16, 2010

Arnab

Pagi Ahad yang lepas, saya, isteri saya dan anak perempuan saya keluar menuju ke Pasar Borong Serdang. Jalan agak lengang, rasanya ramai warga kota pulang ke kampung sempena sambutan Tahun Baru Cina. Kami sampai di Pasar Borong lebih kurang jam 9 pagi. Pasar Borong tutup tetapi ada beberapa penjaja yang membuka gerai jualan di hadapan pintu masuk pasar borong. Pilihan tak banyak. Harga ikan agak mahal. Ikan tenggiri dijual RM 25 sekilo. Mahal lebih kurang RM 5 hingga RM 7 dari kebiasaannya. Kami kemudiannya bergerak menuju ke Shah Alam. Di Shah Alam, kami ke Seksyen 3 menikmati hidangan roti canai di Restoran Gembira. Usai makan kami ke Seksyen 6. Ada pasar besar disitu. Harga ikan lebih kurang macam di pasar borong Serdang. Banyak pilihan tetapi mahal. Ikan tenggiri ada yang dijual sehingga RM 39 sekilo (isi sahaja). Tak munasabah langsung. Kelihatan ramai orang berkerumun di luar pasar. Rupanya ada orang menjual arnab. Si penjual namanya Zaid. Ramai juga yang membeli arnab darinya. Kebanyakannya membeli sepasang termasuk sangkar dan makanan. Anak perempuan saya dah mula berkenan. Lain yang dicari lain yang dibeli. Akhirnya kami membawa pulang sepasang arnab, sangkar dan makanan dari Shah Alam. Ralit kami mendengar penerangan Zaid tentang penjagaan arnab. Katanya, kena perhati betul-betul arnab ni takut dia demam. Ada pengunjung bertanya, macam mana nak tau dia demam. Kata Zaid, kalau hidung dia dah mula berair atau najisnya cair, kemungkinan besar dia demam. Lalu ubatnya? Kata Zaid, saya selalu bagi arnab ni minum air kelapa. Kata Zaid lagi, arnab ni ada masanya boleh kena sakit mata. Boleh pakai eye-mo dan titis atas matanya. Untuk arnab peringkat 'baby' ini, kurangkan bagi makan kangkung. Elok bagi vitamin dan makanan yang diperbuat dari dedak. Kalau pemiliknya berjalan jauh, boleh juga tinggalkan sengkuang dan lobak merah untuk habuan arnab tersebut. Keseluruhannya, RM 115 dikeluarkan buat belanja beli arnab. Bayangkanle kalau 10 orang beli sepasang dan sangkar? Usai urusan di Shah Alam, kami pulang ke rumah. Dalam perjalanan, kami singgah di Pasar Tani berdekatan dengan Tol USJ-Puchong. Di situ kami beli ikan dan sayur. Harga pun ok disitu. Beli ikan lebih sikit untuk bekalan ke Melaka esok harinya (percutian keluarga).


Arnab yang dijual oleh Zaid dan rakannya

Pasar Besar Seksyen 6 Shah Alam

Arnab yang dibeli dari Zaid. Sedang asyik menikmati kangkung (tapi tak boleh bagi makan kangkung selalu sebab arnab ni masih kecil lagi)

Musalsal membaca doa selepas azan

Hari Ahad yang lepas, saya menghadiri majlis ilmu Syeikh Fuad yang bermula pada sebelah petang hinggalah ke malamnya. Sebelah petang, Syeikh mensyarah kitab Hikam Abi Madyan. Disebelah malam, Syeikh mensyarah kitab 40 Hadith Keistimewaan Rasulullah saw. Sempena menyambut kedatangan bulan Rabiul Awwal yang merupakan bulan Maulidur Rasul, Syeikh memimpin ikhwan membaca maulid ad-Daiba'ie. Kali ini kata Syeikh, kena baca maulid dari mula sampai habis, tak boleh skip-skip. Sebelum solat isyak, Syeikh mengijazahkan ikhwan musalsal membaca doa selepas azan.


Musalsal membaca doa selepas azan

Sambungan musalsal

Kitab yang disyarah di sebelah malam

Doa Melihat Nabi saw


Sabtu lepas, saya menghadiri majlis ilmu Syeikh Fuad di Taman TAR Ampang. Seperti biasa, jadual pengajian pada hari tersebut ialah kupasan kitab Tafsir Surah Yaasiin. Syeikh turut mengijazahkan ikhwan amalan Doa Melihat Nabi saw. Syeikh membacakan doa ini pada hari Sabtu manakala ijazah dan catatan doa tersebut diedarkan keesokan harinya. Kata Syeikh, doa ini elok dijadikan amalan harian.

Monday, February 8, 2010

Penawar Hati

Sabtu lepas, saya ke Masjid al-Mukarramah di Bandar Sri Damansara untuk menghadiri majlis ilmu Syeikh Fahmi. Syeikh mensyarahkan kitab 40 Hadith Penawar Hati. Majlis bermula pukul 9 pagi dan berakhir sekitar jam 12.30 tengah hari. Syeikh turut mengijazahkan amalan doa memohon kebersihan hati kepada jemaah yang hadir pada hari itu.


Kitab yang disyarah oleh Syeikh Fahmi

Amalan doa yang diijazah oleh Syeikh

Gerai jualan Khazanah Fathaniyah termasuk skim wakaf kitab di perkarangan masjid

Himpunan Ayat-ayat Penjaga

Pada hari Ahad 31 Januari 2010 yang lepas, para ikhwan telah diijazahkan oleh Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki amalan ayat-ayat penjaga. Kandungan ayat-ayat ini telah dibukukan didalam sebuah kitab bersaiz poket yang dinamakan sebagai Himpunan Ayat-ayat Penjaga. Syeikh menghimpunkan amalan ini yang disedut dari Kitab Duru' al-Wiqayah bi Ahzab al Himayah karangan gurunya yang dikasihi, al-Muhaddith Dr Sayyid Muhammad ibn Alawi al Maliki al Hasani ra. Kitab ini mengandungi tiga ayat iaitu ayat al Hifz (ayat penjaga), ayat al Hars (ayat pengawal) dan ayat al Syifa' (ayat penyembuh) dan satu lagi ayat yang disertakan bersama iaitu ayat al Kifayah (ayat pelindung). Dalam muqadimah kitab ini, syeikh menyebut bahawa amalan ini elok dijadikan amalan harian pada waktu pagi dan petang.



Kitab Himpunan Ayat-Ayat Penjaga

Ayat Kifayah yang disertakan bersama

Sambungan Ayat Kifayah

Catatan bebas pengajian

Saya ada membuat catatan dalam majlis ilmu dalam tempoh dua minggu ini. Untuk pengajian Hikam Abi Madyan, boleh rujuk di sini (31 Januari 2010) dan sini (7 Februari 2010). Sementara untuk Tafsir Surah Yaasiin, boleh rujuk di sini (31 Januari 2010) dan sini (6 Februari 2010).

Imtiyaaz

Baru-baru ini saya ke Pusat Dokumentasi DBP untuk memulangkan buku yang telah saya pinjam tempoh hari. Selepas itu saya ke Kedai Koperasi DBP. Terpandang satu jenama alat penapis. Namanya Imtiyaaz. Rupanya seperti yang ada kat bawah ini. Nampak gaya macam ada promosi menarik. Harga asal RM 1788 jadi RM 598. Boleh juga check di laman sesawang rasminya iaitu disini.