Di sebelah petang, saudara-mara dari Kuala Kangsar pula datang ke rumah. Salah seorang darinya ialah sepupu saya yang tinggal di Bukit Katil, Melaka. Dia juga berhajat nak balik ke kampung sebelah isterinya di Kuala Lipis beberapa hari lagi. Laluan yang diambilnya ialah laluan Simpang Pulai.
Tuesday, September 14, 2010
2 Syawal 1431
Di sebelah petang, saudara-mara dari Kuala Kangsar pula datang ke rumah. Salah seorang darinya ialah sepupu saya yang tinggal di Bukit Katil, Melaka. Dia juga berhajat nak balik ke kampung sebelah isterinya di Kuala Lipis beberapa hari lagi. Laluan yang diambilnya ialah laluan Simpang Pulai.
1 Syawal 1431
Selepas solat raya, kami terus ke Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Mula-mula sekali kami menziarahi kawasan pemakaman al-Ghufran, letaknya di sebelah Masjid Ubudiah
Makam datuk sebelah ayahanda saya (ayahanda kepada ayahanda saya)
Makam datuk sebelah bonda saya (ayahanda kepada bonda saya)
Makam Tuan Guru Haji Wan Muhammad
Tuan Guru Haji Wan Muhammad meninggal dunia pada 1 November 1929 Masehi
Makam Sultan Idris I
Tulisan pada makam
Lagi tulisan pada makam
Makam Sultan Iskandar Shah, anakanda Sultan Idris Shah I
Nisan makam Sultan Iskandar Shah mencatatkan bahawa baginda mangkat pada malam Jumaat, 14 Oktober 1938
Bersamaan dengan 19 Sya'aban 1357
Sisi lain nisan makam Sultan Iskandar Shah
Sisi lain makam Sultan Iskandar Shah
Nisan yang diperbuat dari kayu
Makam Laksamana Muhammad Amin
Penerangan makam
Sisi lain makam Laksamana Muhammad Amin
Kompleks Makam al-Ghufran
Pintu masuk Kompleks Makam al-Ghufran
Makam Daeng Selili di Padang Changkat
Penerangan tentang makam
Bahagian dalam Masjid Kolej Islam Darul Ridzuan
Gugusan lampu di dalam ruang solat utama
Sisi sebelah kiri masjid
Kolej Islam Darul Ridzuan
Menara masjid
Kubah dan menara masjid
Kedudukan masjid yang terletak di atas bukit
Makam nenda sebelah ayahanda saya (bonda kepada ayahanda) terletak di Jalan Baru
Nisan makam Tuan Guru Haji Abdul Rahman bin Saleh
Makam Syeikh Tahir Jalaluddin al-Falaki
Penerangan tentang tokoh yang alim dalam bidang falak ini Nisan makam Syeikh Tahir
Nisan makam Syeikh Tahir
Nisan makam isteri Syeikh Tahir
Nisan makam Syeikh Tahir dan isterinya
Kawasan makam Syeikh Tahir terletak di Jalan Baru
Pra-syawal 1431 Hijrah
Usai solat tarawih malam itu, saya bertanya kepada isteri saya samada nak keluar pekan atau tak. "Nak beli apa?" Tanya isteri saya. "Rasa macam nak tengok kopiah", balas saya setelah terlupa nak bawak kopiah spare. Kami keluar ke pekan Taiping. Lokasi yang ditujui ialah di sekitar Bazar Melayu. Parking penuh malam itu. Kami terpaksa parking agak jauh, di hadapan sebuah kedai salun rambut Cina di satu selekoh yang berhampiran dengan bangunan KWSP, itupun setelah dua kali pusing cari tempat parking. Ramai sungguh orang malam itu. Kawasan tumpuan orang ramai ialah di laluan antara The Store (dahulunya Supermarket Taiping) hingga ke The Store (dahulunya Taiping Jaya). Khabarnya ada jualan lelong malam tu. Entahla, saya tak terasa pun nak masuk kawasan itu. Kami cuma pergi ke Ikhwan Abadi. Saya beli satu kopiah manakala isteri dan anak-anak saya membeli barang-berang keperluan yang lain. Ternampak pula satu buku menarik dalam kedai Ikhwan. Buku menarik yang dimaksudkan ialah Furu' al-Masail wa Usul al-Wasa'il yang ditulis oleh Syeikh Daud Abdullah Fathani yang kemudiannya diolah semula oleh Dato Abu Hassan Din al-Hafiz. Tanpa fikir panjang, terus saya sambar buku tersebut. Memang puas hati. Sebab malam tu malam raya, maka dapatlah diskaun istimewa dari peniaga kedai tersebut.