Sunday, June 14, 2009
Al-Barakah
al-Hana, Langgar
Taska Islam yang terletak didalam perkarangan masjid al-Hana
Satu sisi pandangan masjid. Corak yang sama pada sisi bumbung meliputi hampir keseluruhan bahagian bumbung masjid
Lubuk Semilang, Makam Purba
Perpustakaan Awam Langkawi. Tidak jauh dari rumah mertua saya. Lokasinya bertentangan dengan masjid al-Hana.
Tangga Helang Seribu Kenangan. Terletak didalam kawasan Lubuk Semilang. Kata kak ipar saya, Suhana, ada 1000 anak tangga perlu dilalui untuk sampai ke puncak. Saya pada ketika itu tak tergerak untuk naik sampai ke atas.
Lubuk Semilang, kira-kira 10 km dari Pekan Kuah. Amat sesuai untuk kanak-kanak mandi di bahagian bawah. Manakala dibahagian atas untuk orang dewasa yang airnya agak dalam sedikit.
Tempat meletak kereta di Lubuk Semilang. Tidak begitu ramai orang pada hari itu. Mungkin pelancong atau pengunjung lebih gemar pergi ke kawasan pantai.
Kampung Buku Malaysia yang terletak dalam kawasan perkelahan Lubuk Semilang ini telah dirasmi pada tahun 1997. Bunyi macam menarik... Hati saya mula teruja untuk meninjau kampun buku yang dimaksudkan. Kami memilih lokasi ini yang tidak jauh dari lokasi parkir kereta. Tempatnya agak menarik dan sesuai untuk kanak-kanak
Kelihatan macam kolam pula. Apapun anak saya dan anak saudara saya sudah tidak sabar-sabar hendak berendam didalam air
Satu kawasan lain di Lubuk Semilang. Sejuk dan mendamaikan walaupun cuaca cukup terik hari itu
Satu contoh kedai buku yang termasuk dalam kategori Kampung Buku.. Lokasinya ialah di lereng-lereng bukit di Lubuk Semilang. Satu kedai pun tak buka. Sangat menghampakan saya.
Selesai mandi, kami ke Ulu Melaka. Saya ke surau berdekatan dengan rumah kakak ipar saya untuk menunai solat Asar. nama surau ini ialah Surau Kampung Telok.
Bahagian dalam surau. Saya menunggu jemaah tempatan menunaikan solat tetapi akhirnya terpaksa solat sendirian kerana tiada yang hadir.
Pemandangan surau dari tepi jalan besar
Ruang utama surau
Ini ialah bahagian belakang rumah kakak ipar saya. Ada tempat bakar ikan dan dusun dibelakang rumahnya.
Reban ayam pun ada dibelakang rumahnya
Antara tanaman yang ada di dusun kakak ipar saya. Semuanya ditanam oleh ayah mertua saya yang memang rajin menanam tak kira dimana-mana.
Satu lagi pandangan dari dusun
Dalam perjalanan pulang ke Kuah, kami singgah di Makam Purba. Ini papan tandanya.
Makam purba ini menggunakan batu nisan Aceh yang cantik. Disalut dengan kain kuning menandakan pemiliknya adalah tokoh yang ada kaitan dengan institusi beraja.
Satu sisi lain Makam Purba. Tak taulah kenapa ia dinamakan makam Purba.
Sisi lain makam yang tidak jauh dari rumah orang