Disebelah petang, saya menghadiri kenduri kahwin yang berdekatan dengan rumah manakala disebelah malamnya saya menghadiri majlis ilmu di Masjid al-Falah yang disampaikan oleh Ustaz Syawal, masjid yang berdekatan dengan rumah saya.
Kota Ngah Ibrahim dengan meriam dibahagian hadapan
Batu penerangan Kota Ngah Ibrahim
Banner Selamat Datang di pintu masuk Kota Ngah Ibrahim. Kami adalah antara orang terawal sampai di kota pada pagi itu.
Baju perang Bugis yang diperbuat dari besi
Penerangan baju perang seperti dalam gambar diatas
Melodrama bagaimana bijih timah dijumpai oleh gajah Cik Long Jaafar (kalau tak silap saya)
Peralatan pertanian yang klasik
Salasilah Ngah Ibrahim. Jika Ngah Ibrahim dari jurai Tun Undan, saya pula dari Tun Kelalang. Kedua-duanya adalah anak kepada Tun Sab'an, tokoh penting dalam pentadbiran Perak pada abad ke-16 Masehi.
Tangga menuju tingkat atas
Lakaran wajah Pandak Lam, Dato Maharaja Lela yang sangat terkenal di abad ke-19 Masehi. Beliau dari jurai Daeng Norsinum yang merupakan anak kepada Daeng Selili.
Gambar istana lama Sultan Ismail abad ke-19 Masehi. Senibinanya seperti rumah kutai
Pejabat Ngah Ibrahim. Khabarnya orang Melayu terkaya satu masa dahulu.
Tempat mencuci keris zaman dahulu
Ini penerangannya (tempat mencuci keris)
Kamar tidur Ngah Ibrahim
Perisai lama orang-orang Melayu zaman dahulu
Pedang lama
Lakaran Kota Ngah Ibrahim dan kawasan sekitarnya satu masa dahulu
Pemandangan disisi sebelah kanan bahagian belakang kota. Yang berbumbung adalah kawasan artifak, agaknya.
Makam Ngah Ibrahim yang berada dalam kawasan perkarangan kota.
Penerangan tentang Makam Ngah Ibrahim
Pejabat British di abad ke-19
Kota Ngah Ibrahim dari jarak dekat. Lubang itu mungkin tempat muncung senapang dihalakan kot.
Makam Ngah Ibrahim disisi yang lain
Kawasan kota yang agak luas.
Ini adalah kawasan menara kawalan utama (sebelah kiri kota bahagian hadapan). Saya tak pasti lubang ini lubang apa. Agaknya tempat berlindung pengawal-pengawal kota pada zaman dahulu kot.
Penerangan tentang menara kawalan utama
Perigi yang ada di kawasan perkarangan kota
Sebuah makam lama di kawasan pemakaman Dato Sagor. Kira-kira 1-2 km dari Kota Ngah Ibrahim
Satu lagi makam dengan disalut kain kuning dalam kawasan yang sama iaitu di kawasan pemakaman Dato Sagor
Lihat papan tanda "Tapak pelupusan Sampah. Itulah jalan yang menghala ke kawasan makam Dato Sagor. Lebih kurang 500 meter dari jalan besar.
Papan tanda makam Dato Sagor. Tokoh penting di Perak abad ke-19 Masehi
Kelihatan jelas highway dari kawasan makam Dato Sagor. Highway itu menghala ke utara. Saya memang selalu lalu jalan ini apabila balik ke Kedah tapi tak pernah perasan ada makam dibawahnya.
Bumbung makam yang mempunyai batu nisan bersalut kain kuning tadi
Batu penerangan Muzium Taiping
Struktur kolonial jelas kelihatan pada bangunan muzium ini
Tanda nama Muzium Perak (rasanya yang asal) jelas terpampang di atas pintu masuk utama
Replika kubur purba yang dijumpai di Perak
Replika kubur purba dari satu sisi yang lain
Bangunan muzium disatu sisi lain. Saya sebenarnya nak mengunjungi library muzium pada hari itu. Tetapi library dan hampir keseluruhan besar muzium masih dalam pembaikan.
Satu ukiran jawi pada sebatang meriam di muzium. Mungkin milik Ngah Ibrahim kot.
Adinda-adinda saya sedang sibuk membaca tulisan yang ada pada meriam
Laras meriam yang mempunyai ukiran yang sangat indah
Muzium ini mula dibuka pada tahun 1888
Menara masjid al-Falah berdekatan dengan rumah bapa saya di Taiping
Masjid ini dirasmi pada pertengahan tahun 80-an
Kombinasi kitab Al-Quran, kitab lama dan corak dinding yang menarik perhatian saya
Ustaz Syawal sedang memberi syarah. Usianya mungkin sekitar awal 20-an. Berpotensi jadi ulama terkenal satu hari nanti.
Tabuh (betul ke apa yang sebut ni?) yang ada di Masjid al-Falah, Taiping
Entah, tiba-tiba je rasa nak ambil gambar langit (baru lepas hujan) di halaman rumah bapa saya.
terima kasih yaa :)
ReplyDelete