Monday, January 2, 2012

Burmese

Setakat yang saya tahu, ada tiga lokasi air terjun yang jadi tumpuan pengunjung sekitar bandar Taiping. Tiga lokasi tersebut ialah di Taman Austin, Bukit Jana dan Burmese. Berbanding Burmese dan Bukit Jana, saya lebih kerap ke Taman Austin ketika zaman bebudak dulu. Kalau tak silap saya, pengunjung tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk meletak kenderaan di Taman Austin dan Bukit Jana. Manakala di Burmese pengunjung dikenakan sedikit bayaran memarkir kenderaan. Tanpa sebarang perancangan, saya dan keluarga singgah di Burmese setelah bersiar-siar di sekitar Taman Tasik ketika pulang ke rumah ibubapa saya November lepas. Mungkin sebab hari itu bukan hari minggu maka bilangan pengunjung tidak begitu ramai.




Papan tunjuk arah. Ada arah ke Gua Daeng Kuning. Makam Daeng Kuning juga terletak di bandar Taiping. Info tentangnya boleh didapati disini.



Airan air sungai. Kalau tak silap nama sungai ini ialah Sungai Batu Tugoh. Ianya mengalir merentasi Bandar Taiping



Pemandangan sungai dari atas jambatan



Tandas Awam dan lokasi parkir kenderaan

Tasik Cyberjaya

"Kamu selalu petang-petang pergi mana?" Saya bertanya kepada salah seorang pelajar madrasah beberapa hari sebelum cuti sekolah bermula. "Ayah bawa pergi tasik bagi makan ikan", jawab pelajar tersebut yang akan naik tahun 3 tahun 2012. "Jauh tak tasik tu?" Tanya saya lagi. "Dekat je, lalu terus lepas tu nampak tasik", pelajar tersebut menunjuk arah menuju ke tasik yang dimaksudkan dengan gayanya yang tersendiri. Saya andaikan pastilah tasik itu terletak dalam kawasan Cyberjaya. Satu petang, saya membawa keluarga saya bersiar ke tasik yang dimaksudkan. Saya belum pernah mencuba satu jalan yang dikatakan boleh terus menuju ke Cyberjaya. Boleh kata jalan short-cut. Kami lalu jalan tu dan ternyata memang dekat sangat. Dari simpang Amanputra menuju ke Cyberjaya ikut jalan tersebut rasanya lebih kurang 5 minit sahaja. Petang itu cuaca agak mendung seperti nak hujan. Tak ramai orang pada waktu itu.



Penunjuk arah



Jam besar



Menara peninjau



Pemandangan tasik

Pusat Informasi Pelawat dari sisi sebelah kiri







Pusat informasi pelawat dari sisi sebelah kanan

Kawasan permainan kanak-kanak

Pustaka Peringatan P Ramlee

Lebih kurang seminggu yang lalu, saya dan isteri ke Setapak berkenaan urusan pengambilan buku-buku madrasah. Kebetulan stor buku tersebut terletak betul-betul di hadapan bangunan pustaka ini. Inilah kali pertama saya sampai ke sini walaupun saya pernah bekerja di sekitar kawasan Setapak kira-kira 12 tahun yang lalu. Lokasi pustaka ini adalah dalam kawasan taman perumahan.


Bangunan Pustaka Peringatan P.Ramlee


Batu tanda

Monday, December 26, 2011

Surau Sunway Kayangan

Ini kali pertama saya dan isteri menjejakkan kaki di Sunway Kayangan yang letaknya beberapa km dari Shah Alam pada November lepas. Kalau tidak dek kerana ada urusan yang perlu diselesaikan disini, agaknya entah bila kami akan sampai di kawasan ini. Mercu tanda menarik yang ada di kawasan ini adalah suraunya. Lokasinya terletak betul-betul di tengah kawasan perumahan. Senibinanya juga agak menarik dimana ia menggabungkan senibina moden dan tradisional.






Lanskap di bahagian luar surau. Dari kawasan ini, sebahagian kawasan perumahan boleh dilihat dengan jelas





Ruang solat utama





Pintu masuk utama





Ukiran pada tepi bumbung





Sisi lain ukiran pada bumbung





Tempat mengambil wuduk dan tandas





Bilik kelas di bahagian bawah surau





Pemandangan surau dari luar







Pemandangan surau dari tepi jalan utama

The Island

Gambar-gambar dibawah ini diambil ketika saya dan isteri mengunjungi rumah contoh di The Island, satu projek perumahan baru berdekatan dengan Taman Putra Perdana, Puchong sekitar bulan 9 yang lepas. Kami meninjau sekitar kawasan rumah contoh tersebut kerana ingin melihat lanskap dan persekitaran Taman Putra Perdana dari seberang tasik yang satu lagi. Kalau dari jalan utama, tasik ini kelihatan seperti 'laut'. Tidak hairanlah jika perumahan ini dinamakan sebagai The Island kerana ia seumpama pulau yang dikelilingi oleh tasik yang besar. Apapun, panaromanya boleh tahan juga.




Kolej Islam as-Sofa

Persitiwa penting suku terakhir 2011 yang patut dicatatkan ialah perasmian Kolej Islam as-Sofa di Ampang pada 18 September 2011 bersamaan 20 Syawal 1432. Perasmian telah disempurnakan oleh Al-’Allamah Sayyid Ahmad ibn Muhammad ibn Alawi Al-Maliki. Al-'Allamah turut menyampaikan ucapan pada malam itu. Antara isi kandungan dalam ucapannya ialah tentang enam perkara yang menjadi kunci kepada kejayaan sebuah gedung ilmu iaitu sanad, toleransi, nilai, mahabbah, taqwa dan warisan. Al-'Allamah menganjurkan para hadirin agar memperbanyakkan bacaan salawat antaranya ialah seperti Salawat Fath yang didalamnya terkandung rahsia kebijaksanaan. Selain itu, beliau juga menganjurkan hadirin agar mempelajari ilmu tasawwuf yang sangat penting untuk menjernihkan hati.



Ketibaab tetamu kehormat al-'Allamah Sayyid Ahmad ibn Muhammad ibn Alawi al-Maliki


Tuan Guru Yang Mulia al-Musnid Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki bersama al-'Allamah Sayyid Ahmad ibn Muhammad ibn Alawi al-Maliki


Berdiri mengalunkan maulid

Fakta dan Fiksyen

Tahun 2011 semakin hampir melabuhkan tirai. Walaupun acara ini telah berlangsung kira-kira 3 bulan yang lalu, saya kira saya patut mencatatkannya dalam ruangan ini. Tambahan pula, ia dianggap satu acara penting yang berlaku pada tahun ini. Acara yang dimaksudkan adalah berkaitan dengan pelancaran sebuah buku yang ditulis oleh seorang pemikir besar iaitu Tan Sri Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas. Acara ini telah berlangsung di UTM, KL pada 9 September 2011 bersamaan 11 Syawal 1432 H. Pelancaran telah dilakukan oleh Canselor UTM, DYMM Raja Zarith Sofiah. Tan Sri Prof turut menyampaikan ucapan dimana isi kandungan ucapannya adalah berkisar kepada isi kandungan buku tersebut. Secara peribadi, ini adalah kali kedua saya mendengar ucapan Tan Sri Prof dalam tempoh 2 tahun. Kali pertama ialah pada 13 Disember 2009. Acara tersebut sebetulnya bermula dengan ucapan alu-aluan Prof Dato' Ir Dr Zaini bin Ujang. Antara bait ucapan beliau yang masih segar dalam ingatan kepala saya ialah tentang perlunya kita mencari makna dalam sejarah. Isi ucapannya ringkas tapi padat. Antara kata-kata beliau jika ingatan saya tidak salah, "Jika ditanya apa kaitan UTM dengan buku sejarah maka jawabnya ialah kita berada dalam zaman sejarah".
Highlight pada hari itu sudah tentulah ucapan penulis buku itu sendiri. Antara isi penting ucapan Tan Sri Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas ialah tentang kedatangan dan penyebaran Islam di Alam Melayu. Islam dibawa ke Alam Melayu oleh orang-orang Arab yang bukan sekadar pedagang biasa tetapi mempunyai salasilah yang sampai kepada baginda Rasulullah saw. Keturunan Saiyidina Husain as misalnya datang dari Selatan Arab (Hadramaut, Yaman). Mereka belayar ke utara India (Sind, Karachi) kemudian ke Gujerat, kemudian ke Ceylon, kemudian ke Nicobar, kemudian ke Pulau Andaman, lalu masuk ke Alam Melayu melalui Sumatera dan seterusnya ke Selat Sunda, Kemboja, Canton, Solo, Borneo dan Jawa. Selain dari itu, dari aspek bahasa dan tulisan di Alam Melayu, hakikatnya ia lebih condong kepada pengaruh Arab-Hadrami bukannya Melayu-Parsi atau India. Sebagai contoh penggunaan hari seperti Isnin, Selasa, Rabu dan seterusnya menunjukkan bahawa ia adalah berasal dari Arab (Hadramaut) bukannya dari India. Begitu juga dengan tulisan Jawi yang jelas menunjukkan pengaruh Arab di Alam Melayu.







Saya sampai di perkarangan UTM KL lebih kurang jam 9 pagi








Bunting acara dipasang pada tiang





Banner acara yang dipasang di satu blok bangunan UTM





Buku terbaru tulisan Tan Sri Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas dijual dengan harga promosi pada hari tersebut





Naib Canselor menyampaikan ucapan alu-aluan











Pelancaran buku disempurnakan oleh Canselor UTM







Ucapan Tan Sri Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas





Majlis bersurai





Plak pelancaran





Banner pelancaran dalam dewan





Buku aturcara majlis