Saturday, December 14, 2013

Tuan Tulis

Tengah hari tadi, sahabat sepengajian saya menghantar mesej kepada saya mengatakan dia baru sahaja melintasi kawasan makam Tuan Tulis dalam perjalanan hendak ke Pahang kerana menghadiri kenduri kahwin. Lalu saya teringat pada penghujung bulan 10 yang lepas, saya ada berkunjung ke tempat ini. Makam Tuan Tulis terletak dalam kawasan perkarangan Masjid Tuan Tulis Ismail yang mengambil nama sempena namanya. Lokasi masjid ini adalah di Tanjung Ipoh, lebih kurang 5 km dari Bandar Kuala Pilah. Ketika saya sampai di kawasan masjid ini, kereta agak banyak di kawasan parkir kerana ada kenduri kahwin di rumah yang berhampiran. Tuan Tulis adalah seorang ulama besar di zamannya. Beliau dikatakan sangat rajin menulis catatan dalam setiap pengajian ilmu yang dihadirinya. Selain itu, beliau juga dikatakan sangat gemar menyalin kitab. Justeru, lekatlah gelaran Tulis pada namanya. Ketokohan yang ada padanya menyebabkan ia sering menjadi tempat rujuk masyarakat. Tuan Tulis diriwayat berpulang ke Rahmatullah pada tahun 1922.
 
Papan tanda masjid
 
 
Menara dan kubah masjid
 Makam Tuan Tulis
Tabuh lama
 
Menara dari jarak dekat
 
 
Bahagian dalam makam
Doa
 
Pengiktirafan Tokoh Ulama Silam
 
 Manaqib Tuan Tulis
 
Makamnya menjadi tumpuan pengunjung
 
 
Penerangan tentang Tuan Tulis di bahagian luar
 
 
Jalan masuk ke masjid
 

Kawasan parkir masjid
 
 
Kelompok batu megalit tidak jauh dari masjid

3 comments: