Saturday, December 14, 2013

Khazanah Fathaniyah

Kira-kira beberapa bulan yang sudah, saya berkesempatan mengunjungi kedai buku Khazanah Fathaniyah. Istimewanya kedai buku ini kerana ia menjual ratusan kitab-kitab jawi lama yang terdiri dari pelbagai jenis bidang, tajuk dan pengarang khususnya yang dikarang oleh alim-ulama di Nusantara. Ada kitab-kitab yang dibuat dalam bentuk set koleksi mengikut nama pengarang. Sebagai contoh koleksi Tok Gudang, Tuan Hussain Kedah, Shaykh Daud Fathani dan sebagainya. Cuma saya berasa sedikit kecewa kerana kitab Tanbih Al Ikhwan yang dikarang oleh Tuan Hussain Kedah tidak ada dalam set koleksi Tuan Hussain Kedah. Kitab ini bagi saya agak penting kerana isi kandungannya yang berkisar tentang konsep perniagaan dan dasar pertanian Islam dihurai oleh Tuan Hussain Kedah sekaligus menggambarkan keluasan pemikiran tokoh besar ini yang menguasai pelbagai jenis bidang ilmu. Selain kitab-kitab jawi, kedai ini juga ada menjual buku-buku lama yang agak langka yang sukar didapati di pasaran. Ada juga ruangan khas untuk buku-buku lama yang ditanda dengan red spot menandakan ia bukan untuk dijual sebaliknya hanya untuk rujukan. Bagi yang berminat untuk mengadakan kajian tentang kitab-kitab lama, kedai ini adalah jawapannya.
 
Bahagian dalam kedai

Sisi lain kedai


Letaknya di atas pasaraya KK Mart di Setiawangsa

No comments:

Post a Comment