Selesai menziarahi Dato Siddiq di Hospital Serdang kami pun bergerak pulang. Sampai di rumah lebih kurang jam 2 petang. Lebih kurang setengah jam kemudian, kami bergerak menuju ke Masjid Negara untuk menghadiri majlis khatam Bukhari yang dipimpin oleh Tuan Guru Yang Mulia al-Musnid Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki. Dalam majlis yang penuh bersejarah itu,Tuan Guru Yang Mulia telah mengijazahkan Thulathiyyat al-Bukhari kepada para ikhwan yang hadir pada petang itu. Thulathiyyat al-Bukhari adalah merujuk kepada hadith-hadith yang mempunyai bilangan rijal di antara Imam al-Bukhari as dan Nabi saw seramai 3 orang. Ia merupakan hadith yang paling tinggi sanadnya dari hadith-hadith lain yang terdapat dalam Sahih al-Bukhari. Ijazah Hadith-hadith ini ada dimuatkan di dalam kitab Keunggulan Imam al-Bukhari yang ditulis oleh Tuan Guru Yang Mulia. Kitab ini juga telah dilancarkan pada hari yang bersejarah itu. Majlis pada hari itu turut diserikan dengan kehadiran dua tokoh ulama iaitu al-Musnid Dr Muhammad Taufiq ibn Taisir al-Makhzumi al-Husaini (Syria) dan al-Musnid Syeikh Majid Rasyid al-Jailani (Iraq). Kedua-dua ulama ini adalah berketurunan Ahlul Bait. Al-Musnid Dr Muhammad Taufiq turut berkenan mengijazahkan musalsal bil awwaliyah dan sanad sahih Bukhari kepada hadirin yang memenuhi majlis pada hari itu.
Masjid Negara
Menara
Kompleks Pusat Islam dilihat dari Masjid Negara
Hadirin sedang memberi perhatian
Tetamu kehormat bersama Tuan Guru Yang Mulia
Kitab Keunggulan Imam al-Bukhari yang dilancarkan pada majlis yang amat bersejarah itu
No comments:
Post a Comment