Kira-kira 2 minggu lalu saya ke Bangi bersama isteri. Teringat anak ada memesan ayam goreng. Ketika kami sedang berlegar-legar di sekitar kawasan Bangi, ternampak satu kedai makanan segera berlogokan MFC. Lantas kami ke sana. MFC ni kalau tak silap saya adalah singkatan bagi Muzdalfa Fried Chicken. Ada satu menu yang menarik perhatian saya iaitu nasi mandi kambing. Malangnya set tersebut belum lagi dijual pada masa itu. Set-set hidangan lebih kurang macam KFC. Cuma yang tak bestnya tiada kentang putar. Harap-harap lepas ni ada. Apapun KFC kini sudah ada saingan. Selesai membeli set bawa pulang kami ke Hospital Serdang. Menziarahi guru saya, Dato Dr Siddiq Fadzil yang dimasukkan ke wad beberapa hari sebelumnya kerana mengalami mild stroke. Saya mendapat khabar berita tentang Dato yang dimasukkan ke wad melalui Ustaz Nasir ketika majlis khatam Bukhari yang dipimpin oleh Syeikh Awadh baru-baru ini. Mudah-mudahan Allah melimpahkan kesejahteraan kepada guru-guru kami. Amin.
Kaunter bayaran MFC
Blok kedai MFC, kalau tak silap sederet dengan MIZI Sports Centre
Set bawa pulang
No comments:
Post a Comment