Monday, November 25, 2013

Pengkalan Batu

Dari Kompleks 1 dan 2, kami mencari jalan keluar. Kami hanya mengikut sahaja kenderaan di hadapan yang lalu lalang. Ada pemandangan sawah padi dalam perjalanan. Sepanjang bahagian kanan jalan pula ada sebatang sungai yang sederhana besar. Persekitaran agak bersih. Tidak hairanlah jika Melaka dinobat sebagai negeri terbersih seperti yang dipapar pada kebanyakan papan tanda di negeri tersebut. Sampai di hujung jalan, ada simpang T. Kami mengambil jalan kiri. Rupanya jalan itu menghala ke Kampung Pengkalan Batu. Ada bas pelancong berhenti di tepi jalan. Pelancong sedang asyik mengambil gambar. Pemandangan di kampung tersebut memang sangat cantik. Kami mengambil peluang meninjau keadaan sekitar. Apabila saya mencari maklumat tentang Kampung Pengkalan Batu, saya terjumpa perkaitan antara kampung tersebut dengan Bukit Beruang. Begini kisahnya,
 

Kampong Pengkalan Batu terletak 6 km dari pusat Bandar. Sejarah Kampung Pengkalan Batu bermula kira-kira 104 tahun yang lalu. Ketika itu, Sungai Melaka dan Sungai Putat menyediakan sistem pengangkutan air utama. Perahu dan sampan kecil mudik ke hulu hilir sungai dan menambatkan perahu mereka di satu batu besar yang terdapat di Tebing Sungai Putat.
Pada waktu tersebut, mubaligh Islam yang dianggap wali dan keramat dari Acheh bernama Haji Gubah dan Haji Arom telah sampai ke kampong melalui jalan sungai dan berlabuh di batu besar tersebut. Memandangkan kampong ini masih belum bernama ketika itu, beliau telah memanggil kampong ini sebagai Kampong Pengkalan Batu, dan ia kekal sehingga kini. Malangnya, dengan peredaran masa dan pembangunan yang pesat batu besar tersebut telah hilang.
Makam Haji Gubah dan Haji Arom masih ujud dan terletak di sempadan Kampong Bukit Beruang dan Kampong Pengkalan Batu
Maklumat ini diperolehi dari http://www.homestaypengkalanbatu.com.my/Kg+Pengkalan+Batu. Dicapai pada 25 November 2013
 
Maklumat tersebut bagaimanapun masih boleh diteliti lagi. Pertama, tentang sejarah kampong tersebut yang dikatakan bermula kira-kira 100 tahun yang lalu. Agak sukar hendak mengaitkannya dengan Datuk Aroom kerana Datuk Aroom diriwayat hidup sekitar abad ke-17 dan 18 M (kira-kira 300 dan 400 tahun yang lalu). Kedua, nisan-nisan Aceh yang terdapat di Bukit Beruang diriwayatkan telah berada di situ dari tahun 1500-an hingga 1800-an.  
Dari sudut lain, jika benarlah seperti yang dinyatakan dalam maklumat tersebut, maka persoalan tentang Haji Gubah dan Datuk Aroom terjawab. Ini kerana ketika saya meninjau papan tanda nisan di Kompleks 1, memang ada dinyatakan nama kedua-dua tokoh tersebut. Menurut maklumat di atas, kedua-dua tokoh tersebut adalah alim-ulama yang berasal dari Aceh. Dan ia tampak seperti munasabah juga kerana banyaknya nisan Aceh di kawasan kompleks pemakaman tersebut. Tambahan pula, lakaran  wajah Datuk Aroom dan anaknya, Datuk Shamsudin seperti yang terpapar di Pondok Wakaf  menggambarkan kehidupan mereka sebagai alim ulama.
Berbalik kepada cerita Kampung Pengkalan Batu, rumah-rumah yang terdapat disini dihias dan diselenggara dengan baik. Tidak hairanlah ia menjadi tumpuan pelancong. Yang sangat menarik ialah miniatur rumah tradisional. Sangat kemas kerjatangannya.
Sawah padi di Bukit Beruang
 
 
 
Miniatur Rumah Melaka
 Sisi hadapan

 
Bahagian dalam - macam rumah betul
 
Sisi lain miniatur
 
 
Yang ni rumah betul
 
 
 
 
 
Papan tanda Kampung Pengkalan Batu
 
 
 
 
 
 Miniatur yang lain
Senarai rumah tradisional yang mengambilk bahagian
 
 
VIP yang pernah melawat rumah ini
 
Gambar-gambar yang ada kaitan dengan pemilik rumah 
Terompah kayu
 
 Mesin taip lama
 TV lama
 
Meja cermin
 
Radio lama
 
Bilik tidur
 
 
Pusat jualan
 
*Kredit kepada adik-adik saya Khairul Azri dan Muhammad Khairul Imran yang telah merakam gambar di Kompleks Makam Bukit Beruang 1 dan 2 dan Pengkalan Batu
 

1 comment: