Tuesday, February 16, 2010

Catatan Dua Hari Satu Malam - Bahagian 1

Ikut perancangan, hari Isnin kami sekeluarga ke A Famosa Resorts, Melaka. Isteri saya dan kawannya yang mengatur program ni. Kawan isteri saya menempah sebuah banglo disitu. Harga satu malam sekitar RM 600. Yang pergi ada 3 family, jadi setiap family keluarkan bahagian masing-masing sebanyak RM 200. Fasiliti yang ada ialah kolam renang, tempat barbecue dan kemudahan dapur selain kemudahan bilik yang lazimnya ada di hotel-hotel. Keluarga saya membawa bekalan ikan, sotong dan ayam manakala keluarga lain membawa kambing, ayam, salad, dadih dan sebagainya. Masing-masing bertolak secara berasingan. Kami bertolak lebih kurang jam 10 pagi. Memandangkan waktu masih lagi awal (check-in pukul 2 petang), kami lajak terus ke Bandar Melaka. Highway agak ok cuma bila masuk ke Tol Ayer Keroh, jalan mula sesak. Kesesakan disitu agak teruk. Saya mencari jalan alternatif ke Bandar Melaka. Dalam perjalanan ke Bandar Melaka, ternampak sebuah kedai makan. Kelihatan seperti medan ikan bakar. Kami singgah disitu untuk menikmati hidangan tengah hari. Selepas itu, kami meneruskan kembali perjalanan ke Bandar Melaka. Kali terakhir saya sampai di Bandar Melaka ialah pada tahun 1997. Dah 13 tahun saya tak menjejakkan kaki disini.




Agak sesak di tol Ayer Keroh

Wisma Kastam yang kelihatan selepas melepasi tol Ayer Keroh dalam perjalanan ke Bandar Melaka

Pintu gerbang menuju ke Bandar Melaka. Jalan sesak teruk. Saya mencari jalan alternatif ke bandar

Disinilah kami menikmati hidangan tengah hari

Ikan bakar dua ketul, sayur dan sup

Jalan menuju ke Bandar Melaka

No comments:

Post a Comment