Sunday, February 21, 2010

Catatan Dua Hari Satu Malam - Bahagian 10

Selesai makan di Pulau Sebang, kami bergerak menuju ke Senawang. Saya mengambil jalan lama. Dari Pulau Sebang, kami menyusuri Pekan Tampin, Kota dan Rembau sebelum sampai Senawang. Dalam perjalanan ke Rembau, saya terlihat papan tanda yang menunjukkan arah ke Istana Replika Raja Melewar dan Maqam Raja Melewar. Kedua-dua lokasi tersebut terletak di Astana Raja. Lokasinya dari simpang jalan utama adalah lebih kurang 6 km. Dalam perjalanan ke sana, saya ternampak sebuah maqam yang agak terserlah di tepi jalan. Maqam tersebut adalah maqam Undang Rembau Dato' Lela Maharaja Hj. Ipap Abdullah yang merupakan Dato Undang Luak Rembau ke-19. Sejarah pemegang jawatan ini agak panjang iaitu bermula dari tahun 1540 Masehi. Pemegang pertama jawatan ini ialah Dato' Lela Maharaja Si Rama yang menyandangnya dari tahun 1540 hingga 1555 Masehi. Selepas itu, barulah kami ke lokasi maqam Raja Melewar yang letaknya lebih kurang 3 km sahaja dari maqam Undang Rembau itu. Istana Replika pula terletak kira-kira 500 meter sahaja dari maqam Raja Melewar.




Maqam Undang Rembau Dato' Lela Maharaja Haji Ipap Abdullah yang menyandang jawatan Dato' Undang Luak Rembau dari tahun 1938 hingga 1962 Masehi


Almarhum Dato' Undang Luak Rembau Lela Maharaja Haji Ipap Abdullah (gambar dirujuk dari sini)

Salah satu maqam dalam kawasan maqam Raja Melewar

Batu penerangan maqam

Sepasang maqam tersebut menggunakan batu nisan Aceh


Batu penerangan tentang maqam

Sisi lain pandangan maqam

No comments:

Post a Comment