Saya memang ternanti-nanti majlis ini. Sejak dari pagi lagi, saya asyik melihat jam, Allah, rasa lambat betul masa berjalan. Sebelum asar, saya bersiap-siap untuk ke Taman TAR. Dalam masa bersiap-siap tu, kepala saya terantuk kat tangga, berdenyut-denyut kepala. Kepala bengkak dan berdarah sikit. Agaknya dosa saya banyak sangat sampai terantuk kepala kat tangga. Ya Allah, ampunkanlah dosaku. Lepas isteri saya menyapu minyak angin kat kepala, saya pun bergerak ke Taman TAR. Sampai di Taman TAR lebih kurang pukul 5.50 ptg. Orang pun dah ramai. Petugas RELA dah mula mengawal lalu-lintas. Saya parkir kereta lebih kurang 200 meter dari masjid. Kereta-kereta pun dah mula penuh dikiri kanan bahu jalan. Sebaik masuk ke perkarangan masjid, saya melihat ramai jemaah di gerai jualan As-Sofa. Rupanya buku terbaru Syeikh Fuad yang bertajuk Siyadah sudah mula dijual. Saya pun terus beli buku tu. Selain buku Siyadah, saya juga turut membeli buku Kelebihan Malam Nisfu Syaaban dan Doa Malam Nisfu Syaaban memandangkan Nisfu Syaaban pun akan menjelang tiba tidak lama lagi. Selepas itu, saya ambil kesempatan menjamah makanan yang terhidang di ruang makan. Seperti yang dijadualkan, majlis bermula sekitar jam 6 petang. Apabila Syeikh Fuad mengambil tempat, jemaah segera merapatkan kedudukan didalam ruang solat utama. Syeikh memulakan syarah dari
kitab Mukjizat Isra' dan Mi'raj. Syeikh menamatkan syarahan lebih kurang jam 7 petang untuk memberi masa kepada jemaah mengambil wudhu' dan menanti waktu maghrib masuk. Selesai solat maghrib, kami diberikan beberapa helaian kertas yang mengandungi qasidah untuk dialunkan bersama-sama. Lebih kurang jam 8.15 malam, tetamu istimewa malam itu iaitu Habib Umar A Rahman al-Jifri dari Ribath Madinah menyampaikan
syarah khas sempena Isra' dan Mi'raj. Kemudian disusuli dengan
syarah khas Syeikh Fuad. Syeikh Fuad turut mengijazahkan kepada ikhwan yang hadir malam itu, sebuah hadtih yang bersambung sanadnya dengan Nabi Ibrahim as. Selepas selesai syarahan Syeikh Fuad, jemaah kembali mengalunkan qasidah. Jemaah kemudiannya solat Isyak berjemaah dan majlis bersurai sekitar jam 10.30 malam.
Saya parkir lebih kurang 200 meter dari masjid. Dibahagian depan masjid sudah agak sesak. Kenderaan dah mula berbaris di bahu-bahu jalan.
Dicelah-celah jemaah yang hadir mengikuti pengajian Syeikh pada petang itu.
Gerai jualan kitab-kitab As-Sofa
Antara kitab dan CD yang dijual oleh As-Sofa
Khemah makanan dan minuman yang disediakan untuk jemaah yang hadir
Tandas bergerak. Jemaah lelaki menggunakan tandas ini. Manakala jemaah wanita menggunakan tandas masjid. Ada dua tandas bergerak disediakan. Bila masuk tandas ni, rasa macam dalam koc keretapi. Tapi tandas ni lengkap dengan kemudahan air dan sebagainya macam tandas biasa.
Jemaah mengambil kesempatan bersalaman dengan al-Habib Umar A Rahman al-Jifri selepas selesai majlis
Jumlah jemaah yang hadir agak ramai. Mungkin 2000 orang kot, entah saya tak pasti tapi sambutan sangat menggalakkan.
Antara qasidah yang dialunkan pada malam itu
Lagi bacaan qasidah
Lagi qasidah
Hadith yang diijazahkan oleh Syeikh Fuad kepada jemaah yang hadir malam itu. Hadith tersebut dengan maksudnya begini, Telah bersabda Rasulullah saw; Aku menemui Nabi Ibrahim as pada malam aku diisra'kan (ke langit), dia bersabda kepadaku,"Wahai Muhammad! Sampaikanlah salam daripadaku kepada umatmu, dan beritahulah mereka bahawasanya syurga itu subur tanahnya, enak airnya dan ia merata, dan tumbuh-tumbuhannya ialah: Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar"
Sambungan helaian sanad dan hadith tadi.
Lagi qasidah yang dialunkan pada malam itu.
Kitab Kelebihan Malam Nisfu Syaaban yang dijual oleh Koperasi As-Sofa. Dijual pada pada malam itu dengan harga RM 8.
Kitab terbaru Syeikh Fuad, bertajuk Siyadah, baru sahaja dicetak dalam bulan Julai 2009. Dijual pada malam itu dengan harga RM 10
Kitab Doa Malam Nisfu Syaaban, dijual oleh Koperasi As-Sofa. Dijual pada malam itu dengan harga RM 5
Syeikh Fuad bersama tetamu istimewa malam itu, Habib Umar A Rahman al-Jifri
No comments:
Post a Comment