Balik solat maghrib semalam, saya on'kan radio dalam kereta saya. Siaran radio IKIM, tak pasti slot apa. Ketika itu Ustaz Zahazan sedang menyampaikan syarahnya. Tiba-tiba ada satu part yang menarik perhatian saya iaitu apabila Ustaz Zahazan menyebut perkataan mujahadah. Pada satu hari, ketika Umar al-Khattab pulang ke rumah, beliau terlihat ada bungkusan daging dalam rumahnya. Beliau tidak tahu siapa pemiliknya lalu bertanya kepada anaknya, Abdullah. Abdullah memberitahu ayahandanya, "Saya yang membelinya kerana saya ingin memakan daging". Kata Umar kepada anaknya, "Wahai Abdullah, adakah setiap kali kamu menginginkan sesuatu maka kamu mendapatkannya?" Kata Ustaz Zahazan, soalan tu adalah soalan killer bagaikan petir dari Umar kepada anaknya. Tak mampu dijawab oleh Abdullah ketika itu. Kata Ustaz Zahazan, keinginan itu adalah nafsu. Para sahabat bersungguh-sungguh memerangi nafsu. Kata Ustaz Zahazan lagi, Umar adalah sahabat Rasulullah saw yang dapat membezakan yang haq dan yang batil. Umar tahu membezakan yang mana keinginan dan yang mana keperluan. Sebab itulah disebut jika ada Nabi selepas Nabi Muhammad saw maka Umar adalah orangnya. Itu cerita para sahabat yang benar-benar memahami erti mujahadah. Entah kita (ditujukan kepada saya sendiri) ini bagaimana pula. Tambah-tambah bulan puasa ni dengan lambakan lauk-pauk. Apatah lagi dengan majlis berbuka sana-sini, ada yang berbuka dihotel dan sebagainya. Adakah ianya keinginan atau keperluan? Membaca dan mendengar kisah-kisah para sahabat benar-benar menginsafkan diri tetapi untuk beramal seperti mereka yang sangat luar biasa amalannya, Allah, Allah, Allah macam langit dengan bumi. Pernah sekali saya terdengar kisah sahabat besar, Usman bin Affan yang mengkhatam al-Quran dalam dua solat rakaatnya. Para sahabat yang telah dijanjikan syurga beramal seperti mereka tidak pernah diberitahu tentang perkara itu. Benarlah kata setengah ulama, iman kita ni nak dapat sekerat kuku iman para sahabat pun belum tentu lagi. Sama-samalah kita berazam untuk tingkatkan iman.
Pertandingan KAMIL antara SRI 2015 di KPI Bangi
-
Sekolah Rendah Islam al Mansoorah telah menyertai pertandingan Kemahiran
Amal Islami (KAMIL) antara SRI di KPI Bangi pada 5 April 2015. Sebanyak
tujuh buah...
9 years ago
No comments:
Post a Comment