Cuaca agak terik, tetapi perjalanan ke Pulau Langkawi tetap diteruskan. Kami sekeluarga bertolak lebih kurang pukul 11.00 pagi. Sebelum bertolak, sempat juga saya singgah di kedai favorite saya iaitu kedai DBP dan membeli beberapa buah buku. Dahulu jika balik ke Taiping, saya mesti borong buku-buku lama disini. Lebih kurang 3 jam diatas jalan, kami sampai di Kuala Perlis. Kami mencari masjid yang berdekatan untuk menunaikan solat zohor. Lebih kurang 5 minit melilau mencari masjid akhirnya kami berjumpa dengan sebuah masjid yang letaknya didalam kawasan taman. Satu pujian bagi masjid ini dari aspek kebersihan. Sangat bersih. Lantai pun berkilat-kilat. Selesai menunaikan solat, kami mencari kedai makan untuk mengalas perut. Saya tidaklah begitu mahir dengan bandar ini lalu memilih sahaja kedai makan yang berdekatan. Selesai makan kami ke jeti Kuala Perlis. Dengan kehendak Allah Taala, sebaik sampai, hujan turun mencurah-curah. Punyalah ramai orang di jeti dan kami hanya mendapat tiket ke Langkawi yang dijadualkan bertolak pukul 4.30 petang. Ada juga hikmahnya kerana pada waktu itu, hujan pun dah berhenti. Kami sampai di Pulau Langkawi sejam kemudian. Di Langkawi, saya sering ke Masjid al-Qadim untuk menunaikan solat jemaah. Tambahan pula, iada adalah satu-satunya masjid yang berdekatan dengan rumah mertua saya. Dahulu, masjid ini adalah masjid utama pekan Kuah, kini fungsinya telah diganti oleh Masjid al-Hana yang lebih besar dan mempunyai kemudahan yang lebih lengkap. Sebagai contoh, solat Jumaat tidak lagi diadakan di masjid al-Qadim sebaliknya di masjid al-Hana. Apapun, masjid al-Qadim tetap mempunyai daya tarikan tersendiri. Antaranya ialah senibina lamanya dengan ratusan kubur-kubur lama yang terdapat di sekeliling perkarangan masjid iaitu dibahagian hadapan dan kanan masjid. Apabila tingkap masjid dibahagian depan dibuka, Nah! Saujana mata memandang melihat ratusan kubur lama berada didepan mata. Seakan-akan satu peringatan kepada diri kita bahawa kita juga lambat-laun pasti akan menghadap Ilahi.
Madrasah al-Rahmaniah, Kuala Perlis. Terletak di dalam taman perumahan. Disinilah kami sekeluarga menunaikan solat zohor.
Menara masjid dari jarak dekat
Kubah utama masjid dari bahagian dalam
Inilah papan tanda yang sangat menarik perhatian saya.
Restoran Lynda Bakar - tempat kami menjamu selera
Pondok Pusat Maklumat Pelancongan di Jeti Kuala Perlis
Berada didalam feri menuju ke Langkawi. Last balik Langkawi semasa Idulfitri tahun lepas.
No comments:
Post a Comment