Masjid Jame' Sri Petaling
Pandangan kanan sisi masjid dibahagian dalam
Pandangan kiri di sebelah dalam bahagian masjid
Ruang solat utama masjid
Suasana di ruang solat utama selepas selesai solat zohor berjemaah
Maulana Zakariyya Kandahlawi lahir pada tanggal 10 Ramadhan 1315 H, bertepatan dengan 12 Februari 1898, di sebuah desa bernama Kandlah di wilayah Uttar Pradesh India, dari sebuah keluarga yang mempunyai sejarah panjang dalam pengabdian pada agama. Salasilah atau nasab keluarganya bersambung sehingga ke Sahabat Besar, Abu Bakar Ashshidiq RA.
Maulana Zakariyya memulakan pendidikan awal dengan mendapat mendapat bimbingan daripada Hakim Abdur Rahman, kemudian menghafal Al-Quran di bawah bimbingan ayahandanya Maulana Muhammad Yahya, seorang ulama besar yang cukup dihormati di India. Setelah itu beliau mempelajari bahasa Parsi dan bahasa Arab daripada Maulana Muhammad Ilyas, pengasas gerakan Tabligh.
Pada usianya menginjak 12 tahun, Maulana Zakariyya dibawa oleh ayahandanya ke Madrasah Mazahirul Ulum. Di bawah bimbingan ayahandanya, beliau mempelajari bahasa Arab lanjutan, teks-teks klasik, nahwu, sharaf dan ilmu mantiq. Ketika usianya 17 tahun, beliau mula berminat pada bidang kajian ilmu hadith. Beliau mempelajari 5 dari 6 kutubussittah. Bahkan beliau sempat belajar untuk kedua kalinya kitab Sahih Bukhori dan Sunan at-Tirmidzi dibawah bimbingan Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri. Selama mempelajari kitab-kitab tersebut, Maulana Zakariyya selalu menjaga wudhu’nya. Maulana Zakariyya memulakan karier mengajarnya pada tahun 1335 H dengan tertumpu kepada mata pelajaran seperti nahwu, sharaf dan sastera. Pada tahun 1341 H, beliau mengajar tiga bahagian dari kitab Sahih Bukhori dan pada tahun 1344 H ditambah lagi mengajar kitab Mishkat al-Masabih. Pada tahun 1345 H, beliau berkesempatan mengunjungi tanah suci. Di Madinah beliau tinggal selama 1 tahun dan selama tinggal disana, beliau mengajar Sunan Abi Dawud di Madarasah Ulum Shar’iyyah. Di Kota Nabi ini, Maulana mula menulis Awjaz al-Masalik ila Muwatta’ Imam Malik yakni syarah atas kitab Al-Muwatta’ Imam Malik. Pada ketika itu Maulana Zakaria berumur 29 tahun. Sekembalinya ke India, beliau mengajar kitab Sunan Abi Dawud, Sunan al-Nasai, Al-Muwatta dan separuh bahagian kitab hadith Sahih Bukhari dimana sebahagian lagi diajar oleh mudir madrasah. Setelah mudir wafat, tugas mengajar Sahih Bukhari ini diambil alih oleh seluruhnya kepada Maulana Zakariyya. Sepanjang hidupnya, beliau telah mengajar separuh bahagian pertama dari Sahih Bukhari selama 25 kali, mengajar seluruh kitab tersebut selama 16 kali dan mengajar kitab Sunan Abi Dawud sebanyak 30 kali. Pada tahun 1388 H, beliau menderita sakit mata yang tidak memungkinkan lagi untuk terus mengajar. Kecintaan Maulana Zakariyya pada agama, terutama pada kajian ilmu Hadith, sangat mendalam. Beliau menghabiskan masa untuk belajar dan mengajar hadith lebih kurang 60 tahun. Dalam tempoh tersebut, beliau telah menulis lebih dari 80 kitab yang sangat tinggi nilainya dan diakui oleh para ulama di seluruh dunia. Beberapa kitab yang beliau tulis dalam bidang kajian hadith antara lain ; Awjaz al-Masalik ila Muwatta’ Imam Malik (syarah dari kitab Muwatta Imam Malik, terdiri dari 6 jilid), Lami’ al-Dirari ‘ala Jami’ al-Bukhari (syarah dari kitab Sahih Bukhari), Syarah Muslim (syarah Sahih Imam Muslim), Juz’ Hajjat al-Wida’ wa ‘Umrat al-Nabi (Berisi tentang perincian haji dan umrah yang dilakakukan oleh Rasulullah SAW, dan juga memuatkan masalah hukum haji, lokasi, dan tempat-tempat yang pernah dilalui atau disinggahi oleh Rasulullah SAW), Khasa’il Nabawi Sharh Shama’il al-Tirmidhi (syarah dan komentar terhadap kitab al-Shama’il al-Muhammadiyya Imam Tirmidzi yang berisi tentang perincian hadith-hadith yang berkenaan dengan peri kehidupan Nabi Muhammad SAW) dan beberapa kitab lainnya. Perincian lebih lengkap mengenai riwayat hidup beliau boleh ditelusuri di buku autobiografi beliau yang ditulisnya sendiri dengan cara yang unik dengan judul “Aap Beeti”.
Selain dari menguasai ilmu hadith, Maulana Muhammad Zakaria ialah seorang tokoh Ahli Sunnah wal Jamaah beraliran sufi yang hebat pada zamannya. Beliaulah penerus usaha dakwah Maulana Muhammad Ilyas- pengasas Jemaah Tabligh. Karyanya yang termasyhur ialah kitab ‘Fadhail Amal’ yang kini setiap hari dibaca di serata dunia. Inilah salah satu karamahya.
No comments:
Post a Comment