Monday, August 17, 2009

Tuan Guru Haji Yunus Akib

Tuan Guru Haji Yunus Akib merupakan salah seorang ulama besar yang berasal dari Malim Nawar Perak pada abad ke 19 dan awal abad ke-20 Masehi. Beliau ada membina pondok Kampung Tualang Sekah tetapi kemudiannya tapak pondok itu telah digantikan dengan maahad tahfiz yang dibina sekitar tahun 1990-an. Murid-murid yang datang berguru dengannya datang dari seluruh pelusuk Tanah Melayu. Salah seorang anak muridnya ialah Tuan Guru Haji Muhammad bin Mustafa (1900-1950) yang berasal dari Kuala Jempol, Negeri Sembilan. Sama seperti gurunya, Tuan Guru Haji Muhammad turut membina pondok pengajian. Diriwayatkan ketika zaman kemuncak pondok tersebut, sebanyak 200 pondok telah didirikan oleh pelajar-pelajarnya yang datang dari seluruh pelusuk Alam Melayu termasuklah dari Jambi, Sumatera. Berbalik kepada Tuan Guru Haji Yunus Akib tadi, sebagai ulama besar beliau juga ada menghasilkan karya. Yang saya tahu cuma satu sahaja iaitu kalau tak silap saya, tajuknya ialah Masail Sibyan, rujuk gambar dibawah. Gambar ini pun saya perolehi dari laman web http://www.geocities.com/rie34/profail1.html. Sekiranya ada diantara pengunjung blog ini memiliki kitab ini, saya berminat untuk mendapatkan salinannya. Begitu juga sekiranya ada kitab-kitab lain yang dikarang oleh ulama ini, harap sudi maklumkan kepada saya.



Kitab Masail Sibyan yang membicarakan ilmu tauhid, sembahyang, puasa, zakat, haji dan sebagainya

2 comments:

  1. Salam..bagaimana saya boleh berhubung dengan tuan..Isteri saya cucu kepada Tuan Haji Yunus Akib ni..sy jg ada salinan buku masail al-Sibyan ini..mohon hubungi saya di ibnzul@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Assalam Tuan....sya cicit kepada arwah moyang saya ni. Saya tgglkan no saya Ramzam Abdul Hamid 0132541325.

    ReplyDelete