Sabtu lepas, saya dan keluarga keluar menuju ke Pusat Bandar Puchong. Dalam perjalanan, kami singgah disebuah stesen minyak Esso untuk mengambil minyak. Kebetulan pada hari itu, stesen minyak tersebut mengadakan sambutan Customer Appreciation Day. Pelbagai acara diadakan pada hari itu. Setelah mengisi minyak, saya mencari tempat untuk meletak kereta untuk meninjau acara yang sedang berlangsung. Ada lucky draw, peraduan, naik kuda, pertandingan untuk kanak-kanak, acara melukis dan banyak lagi. Ketika kami sampai, acara lucky draw dah sampai ke penghujung. Ada yang menang hadiah besar seperti TV. Ketika melihat kanak-kanak menunggang kuda, anak perempuan saya dah tarik tangan saya teringin nak menunggang kuda. Tanpa dikenakan apa-apa bayaran, akhirnya anak perempuan saya berpeluang menunggang kuda. Seronok bukan main lagi. Agak meriah juga acara yang dianjurkan. Goodies disediakan kepada pengunjung yang meneka jumlah resit yang diletakkan dalam satu kotak khas. Ada juga gerai bergerak kopi Power Root dimana pengunjung boleh menikmati minuman secara percuma. Hari itu, kami sekeluarga mengisi perut dengan nasi beriani yang dihidangkan oleh penganjur.
Anak perempuan saya dah tak sabar nak menunggang kuda setelah melihat kanak-kanak lelaki in seronok menunggang kuda
Kanak-kanak berbaris mendapatkan belon dari badut
No comments:
Post a Comment