Monday, March 1, 2010

Sambutan Maulidur Rasul 1431 di Masjid Darul Ehsan Taman TAR

Sambutan Maulidur Rasul di Masjid Darul Ehsan pada tahun ini diadakan pada 26 Februari 2010 betul-betul jatuh pada hari Jumaat. Majlis bermula lebih kurang jam 3 petang. Agenda disebelah petang ialah pengkhataman kitab 40 Hadith Keistimewaan Rasulullah saw. Majlis khatam tersebut selesai lebih kurang jam 7 petang. Ini diikuti dengan musalsal perawi yang unggul setiap zaman. Selesai solat maghrib, majlis bersambung dengan acara maulid ad-Daiba'i diikuti dengan syarah khas Musnid Syam Syeikh Muhammad Mu'taz as-Subaini. Syeikh Mu'taz turut mengijazahkan musalsal bil awwaliyyah yang diriwayatnya daripada gurunya yang mulia Musnid Dunya Syeikh Muhammad Yasin Isa al-Fadani. Majlis selesai lebih kurang jam 10.30 malam.

Para ikhwan sudah mula memenuhi masjid sebaik selesai solat Jumaat

Ikhwan berehat seketika menikmati hidangan petang sebelum menyambung semula majlis khatam kitab Hadith 40 Keistimewaan Rasulullah saw

Tetamu istimewa malam itu, ahli hadith dari Syam iaitu al-Alim Alllamah Syeikh Muhammad Mu'taz as-Subaini (duduk bersebelahan tuan guru yang mulia Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki)

Hidangan makan malam

Kitab yang dihadiah kepada ikhwan yang hadir pada majlis hari itu

Kitab susunan Syeikh Muhammad Fuad yang mula dijual pada hari itu

Kitab yang dikhatam pada hari itu

Sanad musalsal perawi yang unggul setiap zaman

Sambungan sanad dan matan

No comments:

Post a Comment