Ahad lepas, saya menghadiri majlis ilmu Syeikh Fuad. Syeikh mensyarah kitab Syarah Hikam Abi Madyan. Disebelah malam, Musnid Syam iaitu al-Alim Allamah Syeikh Muhammad Mu'taz as-Subaini mengijazahkan musalsal bil ru'yah kepada para ikhwan yang hadir pada malam itu. Syeikh Mu'taz turut meminta ikhwan mengalunkan qasidah Thaalama Ashku Gharaami kerana bait-bait syairnya sangat indah mengisahkan kerinduan yang amat sangat pada Junjungan Nabi saw. Antara baitnya berbunyi, "Lama sudah aku menanggung rindu, Wahai cahaya alam yang indah, Serta aku menyeru, wahai Nabi, Wahai punca ilmu yang pemurah". Syeikh Mu'taz sempat berseloroh menyatakan bahawa qasidah ini juga sangat diminati oleh golongan jin apatah lagi dengan lenggok irama Nahwand. Majlis berakhir sekitar jam 10.00 malam.
Sambungan sanad dan matan
No comments:
Post a Comment