Minggu lepas, saya ke Kota Warisan untuk menghadiri majlis ilmu Dr Zulkifli al-Bakri. Majlis diadakan di surau al-Hijrah, surau utama yang ada di Kota Warisan. Syarah Dr Zul amat menarik perhatian saya kerana sekali-sekala dia ada menyelit fakta-fakta sains. Kitab yang disyarah adalah berkenaan dengan Himpunan Hadith Modal Insan dan Tasawwuf yang ditulisnya sendiri.
Ini pula takde kena-mengena dengan Kota Warisan. Ini adalah pemandangan pasar pagi di UPM. Pasar ini diadakan sekali setiap bulan
Di Panggung Seni UPM, ada bengkel atau seminar yang dikendalikan oleh Tony Buzan, guru dalam bidang mind-mapping sedang berlangsung. Saya hanya meninjau-nijau kaunter pendaftaran untuk melihat buku-buku karya Tony Buzan yang dijual pada hari itu
No comments:
Post a Comment