Saya menghadiri majlis ilmu Syeikh Fahmi ZamZam yang mensyarah kitab Sairus Salikin Ahad lepas. Saya tertarik dengan kupasan syeikh tentang idea. Kata syeikh, idea yang canggih belum tentu dapat dilaksanakan. Syeikh menceritakan satu kisah. Satu hari, kerajaan tikus bersidang membincangkan cara hendak menyelamatkan kumpulan mereka dari menjadi mangsa kucing. Ada seekor tikus memberi cadangan, "Bagaimana kalau kita letakkan loceng pada tengkuk kucing itu? Kalau loceng itu berbunyi, kita akan dapat tahu bahawa kucing itu berada disini dan kita boleh lari menyelamatkan diri". Lalu dijawab oleh Tok Ketua kerajaan tikus, "Cadangan kamu memang bernas tetapi soalnya siapa pula yang sanggup meletakkan loceng itu pada tengkuk kucing itu?" Moral kisah ini ialah setiap idea mestilah dikaji dari segi realistiknya iaitu samada ia boleh dilaksanakan atau tidak. Ketika waktu rehat, saya meninjau gerai jualan di luar. Ada sebuah gerai jualan memberi tips menarik tentang madu. Kata si penjual, madu yang original tidak akan mengeluarkan buih. Kalau madu itu berbuih maka madu itu pasti telah dicampur dengan gula. Madu yang paling banyak khasiatnya ialah madu yang berwarna putih. Khasiat semua jenis madu ada didalamnya. Madu ini rasanya seperti laici. Madu ini tak boleh diminum banyak kerana panas. Setelah minum, badan akan berpeluh bila bangun pagi. Setela itu badan akan rasa segar dan ringan. Jika ada sakit-sakit belakang, ia akan jadi lega. Orang buasir elok minum madu jenis ini. Tapi madu jenis ini paling susah untuk dipungut. Disebelah malam, saya menghadiri majlis ilmu Syeikh Fuad. Syeikh mensyarah kitab Kesempurnaan Rasulullah saw dan Tafsir Surah Yaasiin.
Pertandingan KAMIL antara SRI 2015 di KPI Bangi
-
Sekolah Rendah Islam al Mansoorah telah menyertai pertandingan Kemahiran
Amal Islami (KAMIL) antara SRI di KPI Bangi pada 5 April 2015. Sebanyak
tujuh buah...
9 years ago
No comments:
Post a Comment