Pada ketika saya menulis entri ini, bulan Rabiul Awwal dah sampai ke penghujungnya. Bulan Rabiul Awwal juga disebut oleh para ulama sebagai bulan Rabiul Anwar kerana mengambil sempena bulan kelahiran Junjungan Besar Rasulullah saw. Minggu lepas saya berkesempatan berkunjung ke Perpustakaan Negara Malaysia. Di seksyen Pusat Manuskrip Melayu, kebetulan ada pameran manuskrip yang bertemakan pameran illuminasi. Pameran itu berlangsung dari 15 Februari 2010 hingga 15 Mac 2010. Apa yang menarik ialah kebanyakan manuskrip yang dipamerkan adalah berkaitan dengan kitab salawat dan maulid selain dari beberapa manuskrip tulisan ulama besar Alam Melayu abad terdahulu. Sesuai benarlah kitab ini dipamerkan kepada umum apatah lagi pada ketika itu umat Islam masih lagi meraikan sambutan Maulidur Rasul. Saya juga tidak melepaskan peluang melihat sendiri manuskrip-manuskrip tersebut yang bukan sahaja indah dari segi corak dan tulisannya tetapi juga kaya dari segi nilai isi kandungannya.
Manuskrip kitab salawat
Peralatan penulisan kitab satu masa dahulu
No comments:
Post a Comment