Sunday, December 6, 2009

Catatan Sehari Perjalanan - Bahagian 2

Artikel ini adalah sambungan dari entri sebelumnya. Saya bertanya kepada isteri saya, Nak kemana kita ni? Isteri saya jawab ringkas, ikut je. Dari stesen Esso Silibin, setelah selesai isi minyak, ternampak satu sign board menghala ke Lumut. Nak pergi Lumut ke? Saya tanya. Boleh jugak, kata isteri saya. Kami pun mengambil laluan ke Lumut. Ikut papan tanda menyatakan laluan itu adalah laluan lebuhraya. Yang pastinya macam laluan biasa dan tak de tol. Hujan semakin berat. Saya terpaksa memasang lampu. Hujan menjadi selebat-lebatnya ketika melewati bandar Tronoh dan Seri Iskandar. Selepas Seri Iskandar, hati saya mula beralih arah. Nak ke Lumut atau ke Pasir Salak. Ini adalah kerana papan tanda Kompleks Sejarah Pasir Salak sentiasa berselang dengan papan tanda Lumut. Sebaik sampai ke simpang terakhir, saya bertanya kepada isteri saya, boleh tak abang masuk simpang ni? Isteri saya mengangguk. Sangkaan saya dari simpang terakhir itu Kompleks Pasir Salak sudah tidak begitu jauh tetapi rupanya meleset. Kompleks Sejarah Pasir Salak berada lebih kurang 50 km lagi di hadapan. Dalam perjalanan kami melintasi pekan Bota Kanan yang terkenal sebagai pusat pembiakan tuntung. Di kiri kanan jalan ada sahaja sign board menandakan kawasan makam-makam penting. Kami juga melewati beberapa rumah Kutai yang telah tidak berpenghuni yang mempunyai senibina yang sangat indah sepanjang perjalanan menuju ke Pasir Salak. Rumah Kutai itu nampaknya memerlukan pemuliharaan kerana ianya termasuk dalam salah satu khazanah warisan yang sangat berharga. Amat sayang jikalau ianya dibiar usang begitu sahaja. Sampai di satu simpang, ada signboard samada ke Teluk Intan atau Pasir Salak. Untuk ke Pasir Salak, saya perlu ambil laluan kanan. Ada replika durian dalam laluan ke Pasir Salak. Kami menyeberangi Jambatan Dato Sagor yang merentasi Sungai Perak. Elok sampai di seberang, ada gerai menjual buah-buahan. Begitu banyak lori berbaris di bahu jalan. Lebih kurang 200 meter dari gerai jualan itu, ada satu signboard yang menunjukkan arah Kompleks Sejarah yang bertentangan dengan arah kami. Takkan kami terlepas? Saya berpatah balik. Rupa-rupanya ada satu simpang betul-betul selepas menyeberangi jambatan tadi. Kami masuk ke simpang itu. Setelah melalui kawasan kampung lebih kurang dua km, kami sampai di Kompleks Sejarah Pasir Salak. Jam semakin hampir kepada pukul 5 petang. Di kawasan resort, kelihatan seperti ada satu event besar sedang berlangsung. Mungkin ada orang kenamaan yang hadir disitu. Saya tak pasti acara apa tetapi banyak juga kenderaan polis, bas dan deretan kereta memenuhi ruang parkir resort dan juga kawasan perkarangan luar kompleks sejarah. Saya memberhentikan kereta betul-betul di hadapan pintu gerbang kompleks tersebut. Encik, boleh melawat lagi ke? Tanya saya pada pengawal keselamatan. Waktu melawat dah habis tapi encik boleh masuk kalau nak tengok kesan-kesan sejarah sepanjang pesisir sungai, kata pengawal keselamatan. Setelah mengisi buku pelawat, saya masuk kedalam kawasan kompleks sementara isteri saya menanti didalam kereta kerana anak-anak sedang tidur. Saya dapat melihat beberapa kesan sejarah dengan jelas disitu. Antaranya seperti rumah kutai, lokasi pembunuhan Birch, meriam lela rentaka, tugu peringatan, jam matahari dan masjid lama yang rasanya pernah menjadi saksi kepada beberapa peristiwa penting yang berlaku di kawasan itu.
Ketika berada di tebing sungai, saya dapat melihat dengan jelas betapa derasnya air sungai pada waktu itu, apatah lagi selepas hujan. Franks Swettenham yang merupakan sahabat baik kepada JWW Birch dalam bukunya yang bertajuk The Malay Sketches ada menyebut betapa beliau berhadapan dengan cabaran getir untuk melintasi kawasan Pasir Salak kerana pahlawan-pahlawan Melayu sedang menunggunya disitu. Setelah mendapat berita pembunuhan rakan baiknya iaitu JWW Birch di Pasir Salak, beliau seboleh-bolehnya cuba untuk mengelak dari melalui kawasan itu tetapi tidak boleh kerana itulah satu-satunya jalan utama yang ada. Mujurlah arus deras menyelamatkan beliau dan para pembantunya apabila arus deras itu menghanyutkan perahunya jauh melepasi kawalan pahlawan Melayu. Jika tidak sudah tentu nyawanya melayang.
Saya menghirup udara di tebing sungai ini sambil mengamati peristiwa-peristiwa lama yang telah berlaku disini. Pahlawan Melayu pernah bertempur dengan British di kawsan ini satu masa dahulu. Berdasarkan kepada buku lama berjudul Darah Mengalir di Pasir Salak yang ditulis oleh A.Talib Haji Ahmad yang diterbit oleh Pustaka Antara pada tahun 1978 (rujuk muka surat 38-41), Inggeris menggempur Pasir Salak pada 7 November 1875, enam hari selepas Birch mati dibunuh. Angkatan Inggeris yang mengempur Pasir Salak dipimpin oleh Captain Innes dan dibantu oleh 60 orang askar dari Rejimen 1/10, 20 orang mata-mata dari Pulau Pinang, 50 orang mata-mata Benggali dan berpuluh lagi tentera upahan yang terdiri dari anak watan Perak. Serangan pertama ini telah dihancurkan oleh pahlawan Melayu yang dipimpin oleh Dato Maharaja Lela. Captain Innes terbunuh dalam pertempuran dahsyat ini. Ramai juga tentera Inggeris yang telah terkorban dalam peperangan ini. Bermula dari situ, Inggeris mula bertindak balas. Kapal-kapal besar mula memasuki Pasir Salak. Peretmpuran sengit berlaku di beberapa kampung sekitar Pasir Salak. Pasir Salak akhirnya jatuh ke tangan Inggeris. Inggeris telah membumi hanguskan Pasir Salak. Mana-mana penduduk yang tidak sempat berundur telah dibunuh dan ditawan. Dato Maharaja Lela bersama pengikutnya telah berundur ke Belanja dan bergabung dengan Raja Ulu Perak iaitu Sultan Ismail. Itulah titik tolak bermulanya perang besar antara pahlawan-pahlawan Melayu dengan British. Sejak dari itu, Inggeris menambah bilangan tentera. Bantuan datang dari India dan Hong Kong. Ketumbukan tentera Inggeris paling besar telah berhimpun di negeri Perak. Mereka ditempatkan di Bandar Baru dan Kuala Kangsar. Antara medan pertempuran yang berlaku dengan dahsyat ialah di Janda Rata, Teluk Intan. Beratus-ratus orang tentera penjajah telah terbunuh ditangan pahlawan Melayu. Pembesar negeri yang mengambil bahagian dalam peperangan ini ialah Dato Laksamana bersama-sama dengan isterinya. Diriwayatkan, isteri Dato Laksamanalah yang paling banyak membunuh tentera Inggeris. Beliau berpakaian seperti pahlawan dan bersenjatakan sebilah pedang dan sebilah keris. Peperangan turut meletus dengan hebat di Pulau Tiga dimana pahlawan Melayu dipimpin oleh Dato Sagor. Mayat-mayat bergelimpangan di Matang, Kerian, Larut, Bukit Gantang, Kuala Kangsar, Manong, Semat, Kinta, Ipoh, Batu Gajah, Tanjung Tualang dan Pangkalan. Boleh dikatakan hampir semua pembesar negeri terlibat dalam peperangan menentang penjajah ini. Di Kuala Kangsar, wanita-wanita Melayu menghunus keris turun ke medan perjuanagan menentang penjajah.
Berbalik kepada masjid lama yang terletak berhampiran dengan tebing sungai, ianya dikenali dengan nama Masjid al-Rahmaniah dan letaknya betul-betul bersempadan dengan tugu peringatan kompleks sejarah tetapi ianya berada diluar kawasan kompleks sejarah.
Setelah keluar dari kompleks sejarah, saya berjalan menuju ke kawasan perkuburan lama yang terletak bertentangan dengan kompleks sejarah. Disitu ada makam yang diwartakan sebagai khazanah sejarah iaitu makam Si Puntum, satu watak penting ketika peristiwa pembunuhan residen pertama Inggeris , J.W.W Birch 134 tahun dahulu. Selesai menziarahi makam, kami ke masjid lama tadi untuk menunaikan solat asar. Sempat juga anak-anak saya mandi di paip luar masjid. Jalan dan lorong di Pasir Salak menggunakan nama-nama pahlawan Melayu abad ke-19 seperti Jalan Pandak Endut, Lorong Panjang Bur dan sebagainya. Kami keluar dari Kampung Pasir Salak sekitar jam 5.40 petang.
Diluar simpang tadi, kami singgah di gerai menjual buah. Lambakan buah seperti durian, dokong, langsat, cempedak dan rambutan dijual disitu. Isteri saya nampaknya lebih berminat untuk membeli durian. Katanya, Mungkin durian sini special kut sebab tu ada replika durian diluar simpang masuk tadi. Saya bertanyakan kepada penjual buah, Berapa harga durian ni haji? Durian ni dah ada orang punya, kata si penjual dengan loghat Perak Tengah yang sangat pekat. Nampaknya takde rezeki kami beli durian disitu. Rupanya lori-lori yang berderet ditepi jalan itu adalah pemborong yang telah memborong semua durian di kawasan itu awal-awal lagi. Walaubagaimanapun, kami membeli buah-buahan lain seperti cempedak, dokong dan rambutan. Tidak mahu mengalah, saya cuba meninjau gerai durian di seberang jalan pula. Jawapannya tetap sama, telah disapu habis oleh semua pemborong. Agaknya durian-durian tersebut hendak dijual di sekitar KL. Tidak mustahil pemborong mendapat hasil lumayan kerana mereka membeli secara langsung dari pemilik dusun durian.


Sebaik sahaja memasuki Lebuhraya ke Lumut, hujan turun dengan lebatnya. Di Tronoh, hujan semakin berat. Saya terpaksa memasang lampu. Di beberapa kawasan yang agak rendah, jalan sudah mula dinaiki air


Kami merentasi jambatan Dato Sagor menuju ke Pasir Salak

Batu tanda di hadapan Kompleks Sejarah Pasir Salak

Kompleks sejarah Pasir Salak, letaknya kira 2-3 km dari simpang utama. Pengunjung yang datang ke sini perlu melalui kawasan kampung dengan saiz jalan yang agak kecil dari jalan utama

Galeri sejarah Pasir Salak. Tutup pukul 5 petang


Peta lokasi Kompleks Sejarah Pasir Salak


Tebing Sungai Perak dari Kompleks Sejarah Pasir Salak. Agak lebar juga Sungai Perak di kawasan ini dengan airnya yang agak deras, berkemungkinan besar kesan dari hujan lebat sebelumnya

Terowong Sejarah Kompleks Sejarah


Plak peringatan Kompleks Sejarah
Jam matahari betul-betul dihadapan Terowong Kompleks Sejarah

Rumah lama didalam Kompleks Sejarah


Papan penerangan Lela Rentaka

Lela Rentaka, meriam skala kecil yang digunakan oleh pahlawan Melayu abad ke-19

Senibina rumah Kutai, rumah tradisional Perak yang menggabungkan seni budaya tradisi Acheh dan Bugis

Batu perasmian Kompleks Sejarah. Dirasmikan oleh DYMM Raja Nazrin Shah pada 26 Mei 1990

Pemandangan indah tebing Sungai Perak dalam perkarangan kompleks


Menara masjid al-Rahmaniah yang boleh dilihat dari dalam kawasan kompleks

Papan penerangan tentang lokasi residen British pertama Perak yang dibunuh pada tahun 1875

Batu tanda lokasi pembunuhan JWW Birch. Letaknya betul-betul di tebing Sungai Perak


Papan penerangan tugu pahlawan Perak


Batu penerangan yang ada pada tugu pahlawan


Inilah rupa tugu pahlawan


Masjid al-Rahmaniah yang tidak jauh dari lokasi tugu pahlawan

Batu penerangan tentang tugu peringatan JWW Birch

Tugu memperingati JWW Birch. Letaknya hampir benar dengan kawasan masjid


Pemandangan Sungai Perak dari lokasi pembunuhan JWW Birch

Satu lagi senibina rumah Kutai

Masjid dapat dilihat dengan jelas dari celah-celah bangunan rumah Kutai

Bangunan Galeri dalam Kompleks Sejarah


Pintu gerbang utama Kompleks Sejarah

Batu peringatan Makam Si Puntum. Watak penting ketika peristiwa pembunuhan JWW Birch

Makam si Puntum. Nampaknya ada kubur lain disini. Berkemungkinan besar ahli keluarga Si Puntum

Kawasan tanah perkuburan yang menempati makam Si Puntum. Letaknya bertentangan dengan Kompleks Sejarah

Lagi bangunan galeri Sejarah dapat dilihat dari luar kawasan kompleks



Masjid al-Rahmaniah, antara masjid tertua di Perak


Ruang dibawah menara masjid


Mimbar masjid


Anjung sebelah kanan masjid


Dewan solat utama masjid. Bau 'kayu' masjid lama menusuk kedalam hidung.

Sijil Pendaftaran Masjid

Gugusan lampu utama masjid

Ruang mihrab dan mimbar masjid

Layout masjid yang diletakkan didalam papan cermin kenyataan masjid

Anjung kiri masjid

Satu senibina rumah kutai yang bersempadan dengan masjid

Tugu peringatan Birch yang dapat dilihat dari kawasan masjid

Tabuh masjid dan pemukulnya

Gerai menjual buah diluar simpang masuk ke Kampung Pasir Salak

Jambatan Dato Sagor dapat dilihat dengan jelas dari gerai buah-buahan

Pemilik gerai

Longgokan durian yang telah di reserve kepada pemborong

Bergerak menuju ke Teluk Intan

2 comments:

  1. Do you need a Loan?
    Are you looking for Finance?
    Are you looking for a Loan to enlarge your business?
    I think you have come to the right place.
    We offer Loans at low interest rate.
    Interested people should please contact us on
    For immediate response to your application, Kindly
    reply to this emails below only.
    Whats app +918256953815
    firstfinance000@gmail.com
    Please, do provide us with the Following information if interested.

    1) Full Name:………
    2) Gender:………
    3) Loan Amount Needed:………
    4) Loan Duration:………
    5) Country:………
    6) Home Address:………
    7) Mobile Number:………
    8)Monthly Income:…………………
    9)Occupation:………………………
    )Which site did you here about us…………………

    Thanks and Best Regards.
    firstfinance000@gmail.com
    +918256953815

    ReplyDelete
  2. BUSINESS LOAN PERSONAL LOAN HERE APPLY NOW WhatsApp +918929509036 financialserviceoffer876@gmail.com Dr. James Eric

    ReplyDelete