Wednesday, December 16, 2009

Masjid Besi

Saya ke Putrajaya semalam untuk menyelesaikan beberapa urusan. Disebabkan urusan saya tertumpu di Presint 2 maka apabila masuk waktu zohor, saya mengunjungi Masjid Besi yang terletak di Presint 3 untuk menunaikan solat. Masyarakat memanggilnya masjid besi kerana kebanyakan struktur utamanya diperbuat dari besi. Senibinanya sangat mengagumkan. Apabila masuk kedalam dewan solat utama, masjid ini seakan-akan tidak berdinding kerana setiap sisinya iaitu kanan, kiri dan hadapan di kelilingi dengan kolam dengan hujungnya seperti tidak bertepian. Maksudnya air kelihatan seperti jatuh kebawah. Selain itu, pengunjung yang berada dalam dewan solat utama boleh melihat pemandangan sekeliling dengan jelas kerana tidak ada dinding di bahagian tepinya yang membatasi pandangan mata. Beberapa fakta menarik tentang masjid ini ialah seperti berikut;
1. Masjid ini mula dibina pada tahun 2004 dan ianya merupakan satu-satunya masjid di negara ini yang menggunakan kira-kira 6,000 tan besi untuk membinanya.
2. Ia menggunakan tulisan ayat- ayat al-Quran yang dilakarkan pada lapisan kaca setinggi kira-kira 13 meter.
3. Senibinanya tidak mengikuti seni reka Arab sebaliknya campuran kesenian Jerman dan China.
4. Lapisan Mahrabiyah pula akan menyebabkan kilauan lampu dari ruang solat utama masjid itu lebih bercahaya pada waktu malam.
5. Dinding mihrab yang diperbuat daripada panel kaca setinggi kira-kira 13 m juga diimport dari Jerman yang terukir 2 baris ayat dari Surah Al-Baqarah pada bahagian kanan dan Surah Ibrahim di sebelah kiri. Uniknya, dinding mihrab ini tidak memantulkan kesan dari pancaran sebarang cahaya atau lampu menjadikan ukiran kaligrafi ayat suci berkenaan yang berwarna keemasan itu kelihatan jelas dan seolah-olah terapung di udara.
6. Bahagian tepi bumbungnya sepanjang 40 kaki pula mampu mengelakkan jemaah yang bersembahyang di luar dewan solat utama terkena tempias hujan.
7. Masjid itu tidak menggunakan kipas atau penghawa dingin dalam ruangan solat utamanya di samping ia boleh dikunjungi dengan menaiki bot di masa depan.
8. Masjid itu turut berfungsi sebagai pusat sehenti pembelajaran termasuk pengajian kelas fardu ain, ruang perniagaan serta kediaman imam.

Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin letaknya di Presint 3, Putrajaya

Pemandangan bangunan-bangunan kerajaan di Presint 2 dari lokasi masjid

Papan penerangan masjid aras C2


Pemandangan laluan ke bangunan kerajaan dari bahagian atas masjid
Lanskap laluan yang indah


Pintu utama ke masjid


Kelihatan seperti sebuah kumpulan nasyid sedang bergambar di hadapan masjid


Tandas masjid


Tempat mengambil wuduk


Laluan masuk ke dewan solat utama. Kolam pancuran ditengah laman masjid


Kolam pancuran dari jarak dekat


Dewan solat utama masjid


Kubah utama masjid


Sisi sebelah kanan masjid. Kolam air yang tidak bertepian


Dari sisi sebelah kanan ini boleh nampak Masjid Putrajaya


Bangunan kerajaan yang boleh dilihat dari sisi sebelah kanan masjid


Suasana masjid yang sungguh santai Pengunjung boleh berehat-rehat ditepi kolam sambil menikmati keindahan alam


Cuba lihat hujung kolam yang tidak bertepian itu. Panorama yang sangat indah


Satu lagi sisi sebelah kanan masjid


Pemandangan bahagian dalam masjid (sisi sebelah kiri)


Bahagian hadapan masjid

Bahagian belakang masjid

Kolam dibahagian hadapan masjid


Satu lagi sisi kolam di bahagian hadapan masjid


Pemandangan bahagian belakang masjid


Mimbar dan mihrab masjid


Pemandangan pintu utama masjid dari dewan solat utama


Bangunan hal ehwal undang-undang yang boleh dilihat dari sisi sebelah kiri masjid


Pemandangan jambatan yang boleh dilihat dari sisi sebelah kiri masjid


Pemandangan bangunan kerajaan di Presint 2 yang boleh dilihat dari bahagian atas masjid


Masjid Sultan Mizan yang kelihatan dari Presint 2

No comments:

Post a Comment