Tuesday, December 1, 2009

Khat

Saya dan isteri ke Bangi baru-baru ini untuk menyelesaikan beberapa urusan. Sebelum itu kami ke pejabat JAIS Sepang untuk menghantar borang kemasukan sekolah menengah agama bagi pelajar madrasah. Kami sampai di Bangi pada waktu tengahari. Selesai solat zohor di Masjid al-Hasanah, kami ke kedai makan di kawasan sekitar. Kali ini kami mencuba di JM Beriani, letaknya di belakang al-Ikhsan Factory Outlet (jika dari jalan utama). Walaupun saya tak berapa berselera hari itu tapi rasanya nasi beriani disitu adalah yang terbaik setakat ini. Sebelum pulang, kami meninjau-ninjau deretan kedai disitu. Ada satu kedai yang menarik perhatian kami. Kalau tak silap saya namanya Jauhari. Kedai ini menjual hasil lukisan dan seni khat. Boleh tahan juga hasil khat yang dijual disitu. Harganya ada yang mencecah angka ribu juga. Tokoh pemikir terkemuka negara dan antarabangsa, Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas adalah seorang penulis/pelukis khat yang sangat hebat. Hasil khatnya boleh didapati pada setiap buku yang ditulisnya. Khat bermotifkan ayam jantan dan ikan yang terdapat pada buku-buku yang ditulisnya adalah yang paling menarik perhatian saya.





Masjid al-Hasanah Bangi

Laluan dari pintu utama ke tempat parkir kereta

Pintu masuk utama masjid


Hasil khat di Jauhari

Seni khat yang sangat menarik

Lagi seni khat yang boleh didapati disitu

Beberapa hasil khat yang tergantung di dinding kedai

No comments:

Post a Comment