Artikel ini adalah sambungan dari entri sebelumnya. Esoknya (hari Ahad) kami ke Bandar Saujana Putra. Ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan dengan sepupu isteri saya. Kami kemudiannya bergerak ke Pasar Pagi Shah Alam. Lokasinya ialah di tempat letak kereta stadium Shah Alam. Kami kesana untuk membeli barang pasar seperti ikan dan sebagainya manakala sepupu isteri saya dengan keluarganya memang merancang untuk berjalan-jalan disitu. Kali terakhir saya sampai disini ialah kira-kira 3 tahun yang lalu. Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa pasar pagi di Shah Alam ini adalah pasar pagi yang terbesar di Malaysia. Semua jenis barangan dilambakkan disitu. Selain barangan pasar, barangan keperluan harian, ubat tradisional, permainan kanak-kanak dan barangan terpakai juga ada dijual. Tidak kurang juga barang pelik-pelik dan antik turut ada dijual disitu. Kenderaan juga ada dijual. Gerai-gerai makan termasuk gerai bergerak turut memenuhi pasar pagi tersebut. Selesai membeli barang yang diperlukan, kami kemudiannya bergerak pulang menuju ke rumah.
Gerai yang menjual sabun tahan mengantuk. Entah macam mana le rupa sabunnya, saya tak dapat tengok dengan jelas kerana pengunjung agak ramai
Gerai bergerak yang menjual makanan

Deretan gerai yang menjual barangan pasar seperti daging, ikan, ayam dan sebagainya
Deretan gerai yang menjual barangan pasar seperti daging, ikan, ayam dan sebagainya
Deretan kenderaan orang ramai yang mengunjungi Pasar Pagi Shah Alam
No comments:
Post a Comment