Wednesday, December 16, 2009

Masjid al-Mukarramah

Masjid al-Mukarramah dahulunya dikenali dengan nama Masjid al-Muhajirin. Letaknya di Bandar Sri Damansara. Saya ke sini kerana menghadiri majlis ilmu Syeikh Fahmi ZamZam. Beliau mensyarahkan kitab Hadith 40 Penawar Hati (kuliah dhuha). Masjid ini mempunyai senibina yang agak unik. Kedudukannya diatas bukit menyerlahkan lagi senibinanya yang berunsurkan senibina Anatolian dan Ottoman dari negara Turki. Kata Syeikh Fahmi sewaktu hendak memulakan syarah, "Klasik sungguh masjid ini." Keesokan harinya, sekali lagi saya menghadiri majlis ilmu Syeikh Fahmi tetapi kali ini di Masjid Al-Falah USJ 9. Kitab yang disyarah ialah Sairus Salikin, bab Rahsia Haji.


Matahari memancar terik di Bandar Sri Damansara


Ketika saya sampai, majlis baru hendak bermula


Suasana dalam masjid ketika sesi berhenti rehat


Rehal yang mempunyai logo masjid


Kitab yang disyarah oleh Syeikh Fahmi pada hari itu. Kitab ini merupakan hasil karangan beliau


Bahagian luar dewan solat semuanya berbumbungkan atap jenis lutsinar dimana cahaya dapat tembus ke bawah


Plak perasmian Masjid al-Mukarramah

Salah sebuah pintu di masjid


Sisi luar dewan solat utama


Perletakan batu asas masjid disempurnakan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1996


Kubah masjid yang mempunyai senibina yang indah

Menara masjid

No comments:

Post a Comment