Sunday, December 20, 2009

Satu Pagi di Pasar Borong


Pasar Borong yang dimaksudkan disini ialah Pasar Borong Seri Kembangan. Saya dan isteri berkunjung ke sini setelah selesai menyempurnakan urusan di Bangi dan madrasah. Kami sampai sekitar jam 11 pagi. Ikan sudah mula berkurangan maklumlah hari pun sudah mula meninggi. Namun begitu, pengunjung agak ramai, mungkin kerana hari itu adalah hari cuti sempena Maal Hijrah 1431. Tujuan utama kami ke sini ialah untuk mencari ikan-ikan segar. Dalam musim hujan ini, ikan yang dijual di sekitar pasar malam agak mahal, oleh itu kami cuba meninjau harga ikan di pasar borong pula. Ternyata harga yang ditawarkan disitu jauh lebih murah. Kami membeli ikan tenggiri, kerapu, udang, sardin dan sedikit bahan-bahan untuk persediaan pendaftaran pelajar madrasah yang dijadualkan minggu hadapan. Kalau tak silap saya di pasar malam, harga sekilo untuk ikan tenggiri ialah sekitar RM 24 tapi di Pasar Borong, boleh dapat dalam RM 17 hingga RM 19 sekilo bergantung kepada tahap kesegaran ikan.


Kereta pengunjung agak padat juga diruang parkir

Suasana di Pasar Borong bahagian ikan


Gerai jualan Muhammad Rajah adalah yang paling happening dan rasanya yang paling besar. Ikan-ikan yang dijual juga agak segar dengan harga yang berpatutan

Dihujung sekali (selepas bahagian ikan) ialah gerai menjual ayam dan daging

Deretan kedai borong yang menjual buah-buahan

No comments:

Post a Comment