Thursday, April 23, 2009

DBP, Gedung Ilmu

Saya sering ke perpustakaan untuk mendapatkan bahan-bahan yang saya perlukan untuk kajian. Selain dari Perpustakaan Negara dan Arkib Negara; DBP juga menjadi tempat kegemaran untuk mencari bahan-bahan yang saya perlukan. DBP mempunyai perpustakaan yang saya kira banyak menyimpan buku-buku lama yang sangat relevan dengan kajian saya. Selain tiga tempat ini, saya juga adakalanya berkunjung ke Perpustakaan Islam yang bertentangan dengan Masjid Negara dan juga Perpustakaan di Muzium Negara. Berbeza dengan Perpustakaan Islam dan Perpustakaan Muzium Negara yang hanya membenarkan pengunjung membuat rujukan sahaja, perpustakaan DBP membenarkan pengunjung membuat pinjaman tapi dengan syarat mesti menjadi ahli Rakan Dewan. Lupa nak sebut, nama perpustakaan DBP ialah Pusat Dokumentasi Melayu, terletak di paras tiga bangunan utama DBP. Saya ke sini setiap tiga minggu sekali samada hendak membuat rujukan atau meminjam/memulangkan buku.

Bahagian pinjaman di Pusat Dokumentasi Melayu. Jika ingin mencari buku-buku yang berkaitan dengan sastera dan sejarah, inilah pusatnya. Jika bernasib baik atau rajin membuat carian, akan terjumpa kitab-kitab lama terutamanya di rak pengajian Islam.

Saya lazimnya membuat carian di Opac terlebih dahulu, boleh kesini, Pusat Dokumentasi Melayu Online.
Ini bagi menjimatkan masa saya dimana saya boleh terus membuat carian di rak buku seterusnya membuat pinjaman dalam masa yang singkat.


Bangunan utama DBP. Jika menaiki kereta, boleh parking dibahagian bawah bangunan ini. Parkingnya tak silap saya, RM2.

Pintu masuk utama bangunan utama DBP

Bangunan lama DBP

Kombinasi bangunan lama dan baru DBP

No comments:

Post a Comment