Tuesday, April 21, 2009

Masjid Putrajaya dan Masjid Negara

Hari Ahad yang lepas (19 April 2009), saya dan keluarga menghantar kakak ipar ke stesyen bas Pudu. Kakak ipar yang saya panggil sebagai Kak Ani datang bersama ayah dan ibu mertua saya hari Khamis sebelumnya tetapi beliau perlu pulang ke kampung terlebih dahulu kerana ada urusan lain. Sebelum ke stesyen bas Pudu, kami ke Putrajaya dahulu. Sepupu sebelah isteri saya yang mempunyai nama yang sama dengan saya mengajak kami makan tengahari dirumahnya. Kebetulan adik perempuan dan ibunya juga ada disana, jadi dapatlah kami bertemu dan bertanya khabar. Sepupu sebelah isteri saya itu baru sahaja berpindah ke Precint 14. Sebelum ini, beliau tinggal di Precint 9. Precint 14, kedudukannya agak dekat juga dengan Alamanda. Ketika sampai, sepupu isteri saya itu tiada dirumah. Waktu zohor semakin hampir jadi saya dan ayah mertua saya mencari masjid yang berdekatan. Disebabkan tidak begitu arif dengan kawasan itu, saya ambil keputusan untuk terus sahaja ke Masjid Putrajaya.

Kubah utama masjid Putrajaya. Masjid Putrajaya pada masa itu sedang dalam pembaikan. Cuaca diluar pun dah mendung.

Selesai solat, saya mengambil gambar dibahagian dalam masjid. Agak aneh juga kenapa lampu didalam masjid tidak dipasang. Cuaca diluar sudah semakin gelap pada ketika itu.


Kubah masjid dari bahagian dalam.


Menara masjid. Tak pasti berapa tingginya. Mungkin dalam 30-40 meter. Selang berapa saat saya mengambil gambar menara ini, hujan turun mencurah-curah lebatnya.


Inilah rumah sepupu sebelah isteri saya.

Kelihatan jalan basah sebab baru lepas hujan. Selepas menjamu selera, kami bertolak ke KL. Lebih kurang pukul 4. 00 kami sampai di stesyen bas Pudu. Selesai menghantar kakak ipar, kami bergerak menuju ke Masjid Negara untuk menunaikan solat Asar. Minggu lepas saya turut berada disini kerana menghadiri majlis Maulid yang dianjurkan oleh al-Wariseen pimpinan Syeikh Afeefuddin al-Jailani.

Menara Masjid Negara yang mempunyai senibina tersendiri


Kubah masjid dibahagian dalam yang indah

Bahagian depan dewan solat utama


Kolam besar diluar dewan solat utama
Baris-baris tiang yang terletak dibahagian belakang dewan solat utama


Menara masjid dari jarak dekat. Ketinggiannya mungkin mencecah 30 meter

Saya tak pasti ini bangunan apa, mungkin auditorium atau dewan makan sebab masa majlis Maulid, tetamu kehormat makan disini

Pemandangan bangunan pejabat KTM dari satu penjuru Masjid Negara

Kelihatan ada seorang jemaah Arab sedang solat didalam dewan utama

Mimbar masjid


Jam besar dalam dewan solat utama

Jalan menuju ke makam pahlawan

Makam Pahlawan, tempat orang-orang kenamaan yang telah meninggal dunia disemadikan

Pemandangan Masjid Negara dari bahagian luar, betul-betul dihadapan gerai jual makanan

Papan tanda Masjid Negara

No comments:

Post a Comment