Sekolah saya diletakkan didalam Zon 2 daerah Sepang. Pelajar-pelajar memang tiada pengalaman langsung. Tetapi semangat mereka cukup tinggi. Latihan hanya dimulakan seminggu sebelum pertandingan. Saya sebenarnya terharu dengan komitmen yang diberikan oleh pelajar. Mereka sanggup datang malam untuk berlatih sehinggalah pada malam menjelang pertandingan keesokan harinya. Guru-guru membimbing mereka dari mula hinggalah akhir latihan. Isteri saya turut melihat mereka berlatih. Untuk makluman, isteri saya merupakan pengetua madrasah manakala saya pengerusinya. Kami berdua tidak mengajar tetapi amat rapat dengan pelajar-pelajar ini.
Dihari pertandingan yakni pada hari Sabtu yang lepas (17 April 2009), debaran kian memuncak. Kami bertolak dari Puchong seawal pagi dengan bas dan sampai di SRA Desa Putra kira-kira 40 minit selepas itu. Pelajar-pelajar saya membuat persiapan dengan sangat-sangat sederhana jika dibandingkan dengan sekolah lain. Jika sekolah lain mengenakan pakaian yang seragam yang indah-indah, pelajar-pelajar saya pula memakai pakaian yang biasa-biasa sahaja. Kami sebenarnya tidak mahu membebankan ibubapa pelajar untuk membeli pakaian baru semata-mata hendak menyertai pertandingan. Lagipun ini kali pertama kami menyertai pertandingan besar sebegini. Pelajar-pelajar tatkala melihat penampilan sekolah lain terus seperti lemah semangat. Ada yang nak balik kerana tidak yakin akan menang tambahan pula latihan last-minute. Saya beritahu pelajar saya seperti berikut,
Kalau kamu kalah sekalipun tetapi kamu sebenarnya dah menang. Kamu sertai pertandingan ini pun kira dah menang sebab banyak ilmu yang kamu dah dapat. Bayangkan sebelum ini ada yang tak tahu khutbah sekarang sudah boleh khutbah, ada yang tak hafal selawat sekarang dah boleh selawat dengan lancar, ada yang tidak tahu terjemahan ayat-ayat sekarang dah boleh mengingati baris-baris terjemahan satu demi satu dan bermacam lagi pengalaman berharga tatkala menyertai pertandingan ini. Itulah kemenangan yang sebenarnya.
Lantas pelajar-pelajar menyertai pertandingan dengan penuh bersemangat. Sekolah saya menyertai semua acara kecuali marhaban. Acara yang disertai diperingkat zon ialah solat subuh berjemaah, nasyid, azan dan khutbah dan hafazan.
Seperti yang kami sudah pun boleh jangka awal-awal, kemenangan tidak berpihak kepada kami. Namun seperti yang saya tegaskan kepada mereka, bukan kemenangan yang dikejar tetapi sebenarnya ilmu itu. Menang dalam pertandingan adalah satu bonus tetapi mendapat ilmu itu adalah kemenangan yang lebih besar ertinya.
Kepada guru-guru, terima kasih kerana membimbing anak-anak ini. Kepada ibubapa, terima kasih kerana memberi sokongan padu. Kepada pelajar, teruskan usaha untuk menimba ilmu tanpa rasa jemu.
Acara azan dan khutbah yang disertai oleh dua orang pelajar untuk setiap sekolah. Azan dan khutbah untuk pelajar tahap 2 yakni dari tahun 4 hingga tahun 6
Pelajar-pelajar ini berpotensi besar menjadi khatib dan bilal yang berwibawa kelak
Kumpulan nasyid sekolah saya (lelaki). Mereka memakai baju melayu sendiri
Nasyid yang dialunkan ada dua iaitu lagu dendangan kumpulan Brothers dan Selawat
Satu sisi lain kumpulan nasyid sekolah
Sisi lain peserta azan dan khutbah
Pelajar tahap 1 sedang mengerjakan solat subuh berjemaah
Seronok tengok pelajar-pelajar ini solat berjemaah
Sekolah saya mendapat undian no. 6 untuk acara solat subuh berjemaah bagi tahap 1
Keadaan dewan menjelang acara penyampaian hadiah. Sebanyak 14 sekolah terlibat untuk zon 2 termasuk tuan rumah iaitu SRA Desa Putra, Sepang
Bangunan sekolah SRA Desa Putra. Panas terik ketika itu. Sebenarnya ramai orang yang beli aiskrim dekat orang yang jual aiskrim tu
Pentas hadiah. Semua hadiah berjumlah 176 unit kesemuanya untuk 176 peserta yang menang. 176 unit itu merangkumi set buku dan piala. Seperti yang saya katakan tadi, memang puas hati sebab dapat bagi buku dan piala pada pelajar dengan nilai yang diperuntukkan hanya RM 5 satu kepala sahaja!
Saya tengok jam, dah masuk zohor. Para tetamu kehormat masih lagi makan. Saya pun ambil keputusan untuk pergi sembahyang dulu. Saya ke surau berdekatan
Ketika saya sampai, tidak ada siapapun disurau. Tak berapa lama kemudian, ada seorang pemuda datang lalu mengalunkan azan. Ada la lebih kurang 4-5 orang berjemaah masa itu.
Inilah SRA Desa Putra dari pandangan depan surau. Ada lebih kurang 400 meter kut dari surau nak kesitu
Gambar surau tempat saya menunaikan solat Zohor.
Pemandangan surau dari sisi yang lain
Banner Pertandingan yang menjadi bukti kehadiran kami di SRA Desa Putra. Insyallah tahun depan kami akan datang dengan lebih bersedia lagi. Acara selesai lebih kurang jam 2.00 petang. Selepas itu kami bertolak pulang ke Puchong.
No comments:
Post a Comment