Thursday, April 23, 2009

Maulidur Rasul 1430 dan Yayasan Sofa, Kota

Tanggal 4 April 2009 adalah suatu tarikh yang istimewa kerana pada tarikh itu, saya menjejakkan kaki buat pertama kalinya di Yayasan Sofa yang terletak di Kota, Negeri Sembilan. Sambutan Majlis Maulidur Rasul di Yayasan sofa diadakan secara besar-besaran. Tetamu kehormat yang hadir ialah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sendiri. Acara sebenarnya bermula dari tengahari tetapi saya sampai pada sebelah petang. Saya mempunyai beberapa urusan lain yang perlu diselesaikan pada sebelah pagi dan tengahari. Walaubagaimanapun, acara disebelah tengahari melibatkan forum perdana manakala kemuncak majlis ialah disebelah malam. Saya bertolak dari Puchong ke Seremban lebih kurang pukul 4.00 petang. Saya solat Asar di Nilai dan ditengah jalan, hujan turun dengan lebat. Saya tiba agak lewat di Seremban kerana tersangkut dalam kesesakan di lebuhraya berikutan ada beberapa kejadian accident. Saya terus menuju ke rumah keluarga mertua adinda saya, Tuan Haji Khairul Rizal yang terletak berdekatan dengan Kolej Tunku Khursiah. Saya menumpang kereta adik saya untuk ke Yayasan Sofa. Kami mengambil jalan Seremban-Rembau-Tampin. Pemandangan jalan tersebut agak menarik tetapi saya tidak sempat mengambil gambar kerana takut sampai lewat di Yayasan Sofa. Dalam perjalanan, kami melalui beberapa lokasi menarik yang akan saya kunjungi kemudian hari, Insyaallah. Lokasi tersebut ialah Cendol Leman Dawi. Gerai cendol ini hanya beberapa km sahaja dari Seremban. Keunikan gerai ini ialah bayar sekali tetapi boleh tambah banyak kali tanpa dikenakan bayaran tambahan. Adik saya pergi ke gerai ini keesokan harinya tetapi gagal kerana sudah habis. Bayangkan gerai tersebut buka pukul 11.00 pagi tetapi pukul 2.00 petang ketika adik saya sampai, cendol dah pun habis. Lokasi lain yang tidak kurang menariknya ialah Kompleks Makam Raja Melewar dan kalau tak silap saya ada kolam air panas di Pedas. Saya tertarik dengan satu kedai ditepi jalan yang ada menjual barangan antik dan terpakai tetapi tidak ingat di kawasan mana. Rumah-rumah kampung sepanjang jalan mempunyai senibina yang agak menarik. Bandar Rembau juga menarik dengan pemandangan sungai didalam bandar. Kami tiba di Yayasan Sofa sekitar jam 6.30 petang. Ketika sampai, kereta sudah mula bersesak-sesak masuk kedalam. Jalan untuk masuk kedalam agak sempit. Ada jemaah yang meletakkan kenderaan didalam ladang sawit yang bersebelahan dengan kompleks Yayasan Sofa. Kami terpaksa masuk lebih jauh kedalam dan akhirnya meletakkan kereta di bahagian belakang sekali.

Kelihatan petugas sedang mengawasi kenderaan yang masuk. Petugas memberi arahan kepada jemaah kawasan mana yang boleh di'parking'

Gambar diatas merujuk kepada Dataran Yayasan Sofa. Sangat cantik tempat ini.

Gambar ini pula menunjukkan surau utama di Yayasan Sofa. Kelihatan petugas sedang bersiap-sedia untuk menyambut tetamu kehormat yang hadir

Senibina yang sangat menarik dalam Kompleks Yayasan Sofa

Didalam surau utama, majlis pengijazahan sanad hadith sedang berlangsung

Ramai orang yang hadir pada hari itu. Saya anggarkan sekitar 3000 orang



Majlis berakhir pada pukul 10.00 malam. Selain dari syarahan oleh pelajar Yayasan Sofa, acara maulid dan syarahan oleh ulama-ulama jemputan termasuklah syarahan asy-Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki yang merupakan penasihat Yayasan Sofa, acara pada malam itu turut diserikan dengan pelancaran kitab Tafsir surah Nabi. Asy-Syeikh ada menyentuh tentang surah-surah yang dimaksudkan dalam syarahannya. Berikut saya sertakan sedikit informasi tentang tafsir yang ditulis oleh Asy-Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki.



Tafsir Surah Nabi al-Dhuha dan al-Insyirah ditulis oleh Asy-Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki dalam usaha memartabatkan ketinggian Rasulullah saw dan menjulang nama Baginda saw dimata dan hati umat Islam.
Tentang kenapa tafsir ini dinamakan Tafsir Nabi, Asy-Syeikh menjelaskannya seperti berikut;
“Surah ini dinamakan surah Nabi saw sebagaimana yang dinaqalkan dari perkataan Sayyid Ahmad ibn Idris dan bersesuaian dengan tema surah ini yang memaparkan perihal Nabi Muhammad saw saw. Tafsiran yang terkandung didalam kitab ini adalah himpunan dari tafsiran ulama’ tafisr yang muktabar sebagaimana yang dinaqalkan didalam kitab-kitab mereka.”
Seperti yang disebut oleh Asy-Syeikh sebelumnya,
Menerusi surah al-Dhuha dan al-Insyirah, dipaparkan pembelaan Allah keatas Nabi-Nya dan tuduhan dan cacian kaum musyrikin dan beberapa bentuk ‘inayah dan nikmat yang dicurahkan kepada Rasulullah saw supaya Baginda saw mensyukuri segala nikmat yang dikurniakan-Nya sekaligus menjulang martabat dan ketinggian Baginda saw disisi-Nya.
Didalam kitab ini, Asy-Syeikh telah merujuk kitab-kitab tafsir yang muktabar, antaranya seperti berikut;
1. Tafsir Hadaiq al-Rauh wa al-Raihan fi Rawabi ‘Ulum al-Quran yang ditulis oleh Syeikh Muhammad al-Amin ibn Abdullah al-‘Alaei al-Harari al-Syafi’i
2. Tafsir al-Baghawi al-Musamma Ma’alim al Tanzil karangan Imam Abi Muhammad al-Husin al-Farra’ al-Baghawi al-Syafi’i
3. Tafsir al-Khazin al-Musamma Lubab al-Ta’wil fi Ma’ani al-Tanzil karya ‘Ala al-Din Ali ibn Muhammad ibn Ibrahim al-Baghdadi
4. Sofwah al-Tafsir karangan Asy-Syeikh Muhammad Ali al-Sobuni
5. Mukhtasar Tafsir oleh Ibn Kathir
6. Al-Jami’ li Ahkam al-Quran karangan Imam al-Qurtubi
7. Al-Tafsir al-Kabir aw-Mafatih al-Ghaib karangan al-Imam Fakhr al-Din al-Razi
8. Tafsir al-Tabari al-Musamma Jami’ al-Bayan fi Ta’wil al-Quran oleh Ibn Jarir

Untuk mendapatkan tafsir ini, bolehlah hubungi Syeikh Abdul Jalil di no. berikut, 013-3302143

No comments:

Post a Comment