Selepas solat maghrib berjemaah, saya cuba mengambil posisi yang agak jauh sedikit untuk bersolat sunat. Inilah pandangan dibahagian luar kompleks Yayasan. Kompleks ini sangat indah diwaktu malam. Saya anggarkan ada sekitar 2000-3000 orang hadir pada malam itu.
Dalam gambar diatas, kelihatan menara masjid yang berada didalam kompleks Yayasan
Muslimat ditempatkan disebelah kiri kompleks. Kalau tak silap saya, bangunan disebelah kiri itu mempunyai bilik kelas, hotel bertaraf 3 bintang dan juga koperasi Yayasan tempat ahli dan masyarakat berjual-beli.
Ruang masjid yang sesak menyebabkan ramai jemaah mengambil tempat dibahagian luar. Ada bebrapa projektor yang diletakkan dibeberapa penjuru bagi memudahkan jemaah yang berada diluar melihat ucapan atau tausyiah yang disampaikan oleh tetamu kehormat
Kamera saya tak berapa bagus sebelah malam kerana kurang pencahayaan. saya hanya guna kamera telefon sahaja model SE 750i
Pandangan dari sisi lain kompleks Yayasan. Saya sangat suka suasana di luar kerana dataran yang lapang itu membolehkan para jemaah berehat-rehat atau bersantai. Cuma pada ketika itu, hujan dah mula rintik. Para jemaah kemudiannya mengambil tempat untuk duduk dibawah khemah yang disediakan.
Saya turut mengunjungi ruang pameran yang diadakan didalam kompleks itu. Gambar yang saya ambil diatas adalah berkenaan tentang kitab Dala'il al-Khairat. Dikhabarkan, pahlawan Bugis yang sangat terkenal iaitu Raja Haji ketika bertempur dengan tentera Belanda sentiasa membawa kitab ini bersama. Sehinggalah diakhir hayatnya dan syahid dalam pertempuran, tangannya masih memegang kitab ini. Kitab ini ada diterbitkan oleh Yayasan Sofa. Harganya kalau tak silap saya dalam RM 30.
Poster berkenaan Warisan Peninggalan Ulama Nusantara yang diterbitkan oleh Yayasan al-Jenderami.
Inilah koperasi yang menjual pelbagai jenis barangan. Kalau tak silap saya, diatas koperasi itu adalah hotel bertaraf 3 bintang
Jemaah sedang khusyuk mendengar syarahan yang disampaikan
Kelihatan didalam skrin, Habib Omar sedang menyampaikan syarahan yang menghimpunkan kata-kata nasihat
Habib Muhammad Najib turut menyampaikan syarahan
Saya segera mencari posisi yang lebih baik sebelum majlis selawat bermula. Rugi rasanya jika tak dapat duduk dekat dengan ulama-ulama besar ini ketika mengalunkan selawat
Ulama-ulama besar yang menjadi tetamu kehormat berada dibahagian depan masjid
Saya tak pasti dapat duduk dibaris ke berapa tetapi dalam kelompok baris pertengahan pada waktu itu.
Majlis maulid pun bermula
Jemaah berdiri ketika mengalunkan selawat. Dan beberapa gambar lain tentang majlis maulid, boleh ditatap dibawah ini.
Majlis berakhir sekitar jam 10.30 malam. Selepas itu, para jemaah menikmati jamuan yang disediakan. Kami pulang dalam pukul 11.30 malam. Sebelum pulang, saya membeli beberapa buah kitab yang dijual di gerai Khazanah Fathaniyyah.
No comments:
Post a Comment