Sunday, April 19, 2009

Satu pagi di Kajang


Pada hari Selasa disebelah pagi (atau Rabu...ehh, ntah saya pun dah lupa) minggu lepas, saya ke Kajang. Tujuan utama ialah hendak mengambil piala/trofi kecil yang telah saya tempah untuk satu pertandingan program AMAL ISLAMI bagi pelajar-pelajar KAFA dalam zon yang diwakili oleh sekolah saya. Sekolah saya terlibat dengan penyediaan hadiah. saya kira taklah beban sangat jika dibandingkan dengan sekolah yang jadi tuan rumah, pengadilan/hakim dan sebagainya. Saya sampai di Kajang lebih kurang pukul 8. 40 pagi. Janji dengan kedai nak ambil pukul 9.30 pagi. Ada lebih kurang 40 minit lagi jadi saya ambil keputusan untuk ke masjid yang berdekatan. Saya ke masjid Kajang (rasanya namanya Masjid Jame' Kajang). Iktikaf sekejap kat situ dan tinjau kawasan sekeliling. Adalah sedikit beberapa gambar yang sempat saya ambil.



Gambar menara masjid





Pintu masuk ke ruangan utama solat disebelah kiri masjid





Ruang utama solat bahagian depan beserta mimbar





Rupanya disebelah kiri bahagian masjid itu terdapat sebuah perpustakaan mini. Ada banyak juga kitab-kitab lama disitu.





Salah satu kitab yang terdapat di masjid tersebut ialah Qathrul Ghaitsiyyah fi Ilmi Shufiyyah yang dikarang oleh Tuan Hussain Kedah. Kemungkinan besar kitab ini ada disyarah di masjid ini memandangkan terdapat banyak naskhah kitab ini disitu.


Dikulit depan, sebelah belakang bahagian muka depan kitab itu ada tertera nama penyumbang kitab iaitu Haji Yusof ar-Rawi, pengurus syarikat penerbitan kitab-kitab jawi yang terkenal di Pulau Pinang.


Koleksi buku yang terdapat diperpustakaan mini itu


Ruangan solat wanita terletak dibahagian belakang dewan solat utama


Kedudukan perpustakaan mini yang terletak disebelah kiri dewan solat utama masjid


Bertentangan dengan pintu masuk sebelah kiri, terdapat papan kenyataan dan papan tanda perasmian


Papan tanda perasmian mencatatkan bahawa masjid ini telah dirasmikan oleh Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada tahun 1971



Bahagian bawah menara masjid. Kelihatan jalan basah sebab baru lepas hujan




Pintu gerbang masjid. Ada tercatat nama penyumbang iaitu Datin Hajah Faridah Abdul Manan. Minta maaf sebab saya kurang mengenali nama penyumbang ini. Walaubagaimanapun saya yakin penyumbang ini pastilah seseorang yang agak dikenali di bandar Kajang.

Gambar masjid dari luar perkarangan. Terlindung oleh dua batang pokok yang besar.




Inilah kedai yang saya nak pergi. Kedai ini pemiliknya wanita. Kedai ini bagus sebab boleh siap dalam tiga hari sahaja. Harga pun dia bagi diskaun. Kedudukan kedai ini ialah di Jalan Sulaiman, Kajang. Kalau tak silap sederet dengan Pusat Fotokopi Kajang (bahagian belakang).




No comments:

Post a Comment