Sunday, October 4, 2009

Open House

Saya bersama keluarga berkunjung ke 'open house' dibeberapa buah rumah pada cuti hujung minggu yang lepas. Open house adalah gaya orang sekarang beraya. Buat satu hari rumah terbuka dan ajak orang lain datang ke rumah. Masyarakat sekarang lebih selesa dengan cara ini kerana tidak mungkin dapat melayan tetamu saban hari seperti di kampung kerana terikat dengan tugasan harian dan komitmen kerja. Dari Puchong kami berjalan sampailah ke Rawang. Di Rawang, jalan agak sesak. Mungkin kerana jalannya agak sempit. Persimpangan keluar-masuk tol adalah yang paling sesak. Saya tidak dapat bayangkan apa akan jadi dalam beberapa tahun yang akan datang. Pastinya jalan akan semakin sesak. Perlukah lorong jalan ditambah lagi, wallahualam. Pada hari Ahad, saya menghadiri majlis ilmu di Ampang. Saya terperangkap dalam kesesakan lebih kurang jarak 5 km untuk sampai ke majlis ilmu. Kemungkinan besar orang berpusu-pusu samada nak ke open house atau baru lepas beraya.



Gambo di Jalan Ampang dalam perjalanan pulang ke rumah

1 comment: