Sunday, October 4, 2009

Keberkatan usia

Bonda saya menelefon saya meminta saya menonton rancangan Tanyalah Ustaz. Kata bonda saya bagus rancangan tu. Saya 'on'kan TV. Pada minggu itu, slot rancangan tersebut dikendali oleh al-Fadhil Ustaz Roslan Mohamed dengan tajuknya, "Keberkatan Usia". Bagus poin-poin yang diberikan. Ada beberapa poin yang sempat saya catat. Antaranya seperti dibawah ini,
1. Orang yang diberkati usia akan sentiasa mengingati kematian
Seorang sahabat bertanya, Ya Rasulullah tunjukkan satu perkara yang boleh menggembirakan aku! Kata Rasulullah, Ingatkan kematian.
2. Orang yang diberkati akan sentiasa bertambah imannya
Iman boleh bertambah dan boleh berkurang. Iman bertambah bila kita buat amal, iman berkurang bila kita membuat maksiat. Orang mukmin yang sebenar tidak akan membiarkan iman berkurang. Sebab itu ada konsep taubat, istighfar, menangis mengenangkan dosa supaya iman tidak dibiarkan berkurangan.
3. Orang yang diberkati usia akan sentiasa rindu kepada Allah Ta'ala.
Rindu dalam usia ada dua iaitu rindu untuk diberi keampunan dari Allah dan rindu kepada redha Allah Taala. Rindu kepada redha Allah Ta'ala inilah penentu kebahagiaan sejati di akhirat nanti. Amatlah rugi bagi seseorang itu jika tidak mendapat redha Allah Taala.

No comments:

Post a Comment