Baru-baru ini saya solat Jumaat di Masjid Universiti Malaya. Saya sampai agak awal. Tazkirah Jumaat baru sahaja bermula. Saya terlebih dahulu meninjau-ninjau apa yang di jual di sebuah gerai jualan kitab dan barangan lain betul-betul di bahagian depan masjid. Baru sahaja hendak melihat kitab, pakcik yang merupakan pemilik gerai kitab tersebut beria-ria mengajak saya minum bersamanya. Disebelahnya ada minuman yang warnanya seperti air Nescafe sudah siap dibancuh. Lalu dituangnya dalam satu cawan dan diberikan kepada saya. Takkan saya nak menolak pula. Saya ambil dan minum. “Air apa ni pakcik, nampak macam Nescafe tapi rasa tak sama”, tanya saya. Kata pakcik trsebut sambil tersenyum, “Ni air special. Air ni pakcik bancuh dari peket ni”, kata pakcik tersebut sambil menunjukkan peket yang digunakan untuk membancuh air tersebut. Saya tak perasan peket yang mana satu sebab ada banyak jenis peket kat situ. Apapun rasanya sedap juga. Tak berapa manis, elok-elok je. Sesudah minum, saya membelek-belek kitab yang dijual, akhirnya saya beli tiga kitab. Satu kitab lama, satu kitab baru dan satu lagi kitab al-Quran saiz kecil, mudah saya bawa ke mana-mana. Selepas solat Jumaat, saya berjumpa dengan seorang kawan lama dan makan tengahari disebuah restoran yang berdekatan. Selepas itu barulah saya menyelesaikan urusan saya iaitu mencari sijil untuk hari penyampaian hadiah madrasah yang akan berlangsung tak berapa lama lagi. Sijil tersebut ada dijual di kedai buku UM. 100 keping harganya RM 39. Misi saya seterusnya selepas ini ialah mencari common seal. Common seal ni gunanya ialah untuk menghasilkan logo ‘timbul’ pada bahagian cop warna merah pada sijil. Macam mana nak explain ye. Kalau lihat pada sijil disebelah kiri bahagian bawah biasanya ada cop merah plain. Common seal ini akan digunakan untuk ‘timbul’kan logo (iaitu logo madrasah) pada cop merah tersebut. Kalau zaman dulu-dulu, orang gunakan lakri untuk cop merah itu. Jumpa sebuah kedai di Puchong yang boleh buat common seal. Dijangka siap empat hari selepas itu. Sebelum saya memasukkan entri ini, saya mendapat panggilan dari kedai yang membuat common seal ini. Katanya dia tak boleh buat dengan logo warna yang saya berikan tempoh hari. Dia minta saya hantarkan padanya logo hitam putih atau dia boleh lukiskan semula tetapi dengan sedikit caj iaitu sebanyak RM 15. Saya kata saya akan berikan logo hitam putih itu menerusi e-mel. Saya buka balik logo itu menerusi Photo Editor dan edit warnanya menjadi hitam putih. Kemudian saya hantar logo itu menerusi e-mel.
Kitab yang dijual di gerai jualan tepi masjid UM
Barangan selain kitab yang dijual disitu
Gerai jualan kelihatan dari pagar luar masjid
No comments:
Post a Comment