Friday, November 6, 2009

Gelaran Meor, Wan dan sebagainya

Masyarakat Perak ramai yang memakai nama Meor dan Wan di pangkal nama. Dalam lingkungan keluarga saya juga ada yang memakai nama-nama tersebut. Sebelum ini saya tidak begitu arif tentang sejarah penggunaan nama ini sehinggalah selepas saya membaca satu penerangan di http://www.keriswarisan.com/live/public/forum/posts/page_last/id_184/. Sebahagian dari penerangan tersebut saya tampalkan disini, berkemungkinan besar ianya berguna kepada pembaca.
Meor itu adalah sebutan loghat Perak utk Amir. Macam sebutan air jadi ayor. Mengenai Meor ni saya ada tanya dulu2 jiran ada nama Meor dihadapan namanya. Selain tu ada jugak buat research di library. Kalau salah saper2 tolong betulkan. Apabila seorang lelaki yg berketurunan dan memakai gelaran Syed di Perak ni berkahwin dgn perempuan yg sama keturunannya yg bergelar Syarifah mendapat anak lelaki maka anak lelaki itu diletakkan gelaran Syed. Kalau dapat anak perempuan diletakkan gelaran Syarifah. Apabila seorang lelaki yg berketurunan dan memakai gelaran Syed di Perak ni berkahwin dgn perempuan golongan orang biasa mendapat anak lelaki maka anak lelaki itu diletakkan gelaran Syed. Kalau dapat anak perempuan diletakkan gelaran Siti. Kalau ditempat lain spt Johor pula dlm situasi begini, anak perempuan tetap bergelar Syarifah walaupun ibunya orang golongan biasa (ada kawan bergelar Syarifah berasal drp Johor beritahu). Apabila seorang perempuan yg bergelar Syarifah ni berkahwin dgn lelaki golongan orang biasa mendapat anak lelaki maka anak lelaki itu diletakkan gelaran Meor. Kalau dapat anak perempuan diletakkan gelaran Wan. Kena bezakan gelaran Wan utk Orang Besar Empat Perak serta gelaran Wan negeri2 lain spt Kelantan, Kedah dan Terengganu. Tapi di Terengganu ada diletakkan Wan utk lelaki dan perempuan bernasabkan darah Rasulullah s.a.w. sebelah ibunya. Apabila seorang lelaki yg memakai gelaran Meor di Perak ni berkahwin dgn perempuan golongan orang biasa mendapat anak lelaki maka anak lelaki itu diletakkan gelaran Meor. Kalau dapat anak perempuan diletakkan gelaran Wan. Orang bergelar Syed, Syarifah, Meor dan Wan ni semuanya berketurunan bersalasilah drp Rasulullah s.a.w. Kalau ikutkan keturunan drp cucu baginda s.a.w. sebelah Saidina Hussien a.s. memakai gelaran Syed manakala sebelah Saidina Hassan a.s. memakai gelaran Sharif. Golongan keturunan Rasulullah s.a.w. inilah yg banyak mengembangkan agama Islam di nusantara dan berkahwin dgn puteri2 raja2 melayu sebagai satu strategi dakwah dan seterusnya melahirkan raja2 atau sultan2 Melayu berdarah campuran Arab titisan darah mulia baginda s.a.w. Sultan2 Melayu di rantau ini yg berketurunan Syed ini adalah Raja Perlis, Sultan Brunei, Sultan Sulu, Sultan Mindanao dan juga Sultan Terengganu, Pahang serta Johor (Terengganu, Pahang dan Johor melalui Bendahara Tun Habib Abdul Majid) setakat yg saya diketahui. Boleh rujuk di sini: http://en.wikipedia.org/wiki/Tun_Habib_Abdul_Majid. Ramai lagi keturunan Syed/Syarifah ini yg memainkan peranan di nusantara ini sebagai pembesar2 Raja2 Melayu spt di Perak dan Negeri Sembilan. Selain itu ramai wali2 spt di negeri Terengganu (cth Tok Pulau Manis & Tokku Paloh), Wali2 Sembilan di Tanah Jawa dan juga wali2 di negeri Pasai, Acheh berketurunan Syed/Syarifah.

4 comments:

  1. Assalamualaikum, saya juga merupakan salah seorang yg berkahwin dengan keturunan syed... iaitu sharifah... saya ada dua anak.perempuan yg diberi nama wan anis dan wan.nur insyirah... itu yg di beritahu oleh ayah mertua saya syed sudin... Kalau anak.lelaki kena.letak nama meor atau mior... apapun supaya anak saya tahu asal.usul keluarga mereka nanti

    ReplyDelete
  2. nama saya mior mohd najib al halim bin mior aziz bin mior abdullah bin mior hamzah bin mior kahar... jagalah keturunan mior sebaik baiknya.. jangan tinggal solat 5waktu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama saya Mior Amir Hamzah Bin Mior Ahamed Sabki Bin Mior Lop Bin Mior Hamzah... Mungkin kita saudara jauh tuan

      Delete
  3. Nama meor ini adalah dinegeri Perak shj manakala anak kepada syarifah dgn bapanya org kebiasaan digelar Mirza atau Amir.

    ReplyDelete