Beberapa hari yang lepas, saya ke Bangi bersama isteri untuk menyelesaikan beberapa urusan. Bangi begitu pesat membangun. Yang paling ketara ialah lambakan restoran yang beraneka jenis. Kira-kira 10 tahun dahulu ketika saya pernah tinggal di Bangi, kedai-kedai makan yang jadi tumpuan ialah kedai-kedai makan di medan selera di pusat bandar di Bandar Baru Bangi itu sendiri. Masa itu belum ada lagi deretan kedai di hadapan kompleks PKNS, berdekatan dengan Hospital az-Zahrah dan juga berdekatan dengan NIOSH. Pada hari ini, kedai makan di Bangi bercambah bagai cendawan. Dengan Kopitiam, Western Food, Steak, Beriani Gam, SOHO dan macam-macam lagi. Saya sebenarnya tak ambil peduli sangat tentang restoran ni. Bila sampai time makan saya singgah sahaja mana-mana kedai yang berdekatan. Pada hari itu, kebetulan saya lalu di belakang Kompleks PKNS. Terjumpa satu kedai namanya Little Perak. Teruja dengan nama kedai tersebut dan kebetulan time makan, saya pun berhentikan kenderaan dihadapan kedai dan terus masuk ke dalam restoran tersebut yang susun aturnya seperti coffe house di hotel-hotel. Layanan first class. Elok duduk je terus diberikan menu. Semua hidangan mempunyai nama-nama tempat di Perak sebagai contoh Laksa Kuala Kangsar, Popia Taiping dan sebagainya. Disebabkan masa balik Raya hari tu saya tak berkesempatan menjamah popia bawah Larut Matang, maka saya pun memesan Popia. Dalam gambar nampak macam sedap. Hidangan lain yang turut dipesan ialah mee rebus dan nasi goreng tuna. Untuk minuman pula, isteri saya memesan chocolate ice-blended manakala saya memesan teh o panas. Sangkaan saya teh o panas dalam cawan biasa, rupanya seteko teh. Puas minum. Gula boleh tambah sendiri. Berapa bintang nak bagi? Rasanya kalau ke Bangi, mungkin akan singgah lagi. Insya Allah.
Ketika melintasi jalan ini, ternampak satu restoran dengan papan tandanya tertulis Little Perak. Terus cari parking
Setelah parking, saya dan isteri berjalan menuju ke restoran tersebut
Isteri saya pesan ice-blended dan saya pesan teh o. Diberinya seteko teh. Gula dan susu boleh tambah sendiri
Isteri saya pesan ice-blended dan saya pesan teh o. Diberinya seteko teh. Gula dan susu boleh tambah sendiri
Popia yang dipesan. Ada iras-iras Popia Taiping tapi 'feel'nya tetap tak sama dengan Popia Taiping. Apapun, setelah merasainya, inilah popia terbaik yang pernah saya makan di area Lembah Kelang. Harganya boleh tahan, RM 2.30 untuk dua ketul (dibahagi dua setiap satu)
Puas minum seteko teh. Hilang dahaga.
Nasi goreng lauk tuna. Konon nak lari dari makan lauk ayam. Hidangan nih memang pueh hati!
Nasi goreng lauk tuna. Konon nak lari dari makan lauk ayam. Hidangan nih memang pueh hati!
Mee rebus yang dipesan isteri saya
15 minit selepas dihidangkan. Selesai Alhamdulillah
Ada service charge rupanya. Tapi kira ok le dengan tempatnya yang bersih dan sejuk mata memandang. Hidangan pun sedap.
Kedudukan restoran ini ialah bertentangan dengan Bangi Kopitiam dan terletak betul-betul dibelakang Hospital az-Zahrah
No comments:
Post a Comment