Sunday, November 1, 2009

Tujuan Ilmu


Sabtu pagi, saya ke Taman TAR, menghadiri majlis ilmu Syeikh Fuad. Beliau mensyarahkan kitab yang dikarang oleh al-Allamah Muhammad Mukhtar ibn 'Atorid yang berjudul I'tiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah. Syarahannya boleh didapati disini. Disebelah malam pula saya ke Masjid UKM menghadiri majlis ilmu yang dipimpin oleh Habib Hassan al-Attas. Syarahannya boleh dirujuk disini. Selepas Habib selesai memberi syarahan, Habib kemudiannya memimpin bacaan ratib al-Attas diikuti dengan bacaan salawat. Kata Habib, bacaan ratib ini sangat istimewa dan patut menjadi amalan harian. Tambah Habib, Prof Ahmad Ibrahim, ahli akademik undang-undang terkemuka tanahair dan antarabangsa sering membentuk halaqah bersama-sama dengan jemaah lain untuk membaca ratib ini. Ratib ini telah berusia sekitar 400 tahun dan disusun oleh seorang ulama besar yang bernama Habib Umar bin Abdul Rahman al-Attas. Majlis selesai lebih kurang jam 9.15 malam.


Kitab yang disyarah oleh Syeikh Muhammad Fuad disebelah pagi di Masjid Darul Ehsan

Masjid UKM Bangi sekitar jam 6.55 petang.

Habib Hassan al-Attas ketika menyampaikan syarahannya

No comments:

Post a Comment