Ini je le satu-satunya majlis hol imam al-Haddad yang saya berkesempatan menghadirinya. Selebihnya masa saya banyak dihabiskan dirumah kerana sakit mata.
Aturcara program majlis hol Imam al-Haddad. Sebenarnya program ini berlangsung hampir seluruh Malaysia tetapi highlightnya di tiga tempat ini terutamanya di Masjid Baitul Aman
Ketika saya melangkah masuk ke perkarangan masjid, tetamu VIP baru sahaja sampai
Sebaik sampai dan disambut oleh para ikhwan, kesemua tetamu masuk ke ruang utama solat dan mengambil tempat masing-masing sebelum memulakan majlis
Ratib dan Wirid susunan Imam al-Haddad yang dibaca pada hari itu. Kitab ini diagihkan secara percuma kepada para jemaah yang hadir pada hari itu. Pengijazahan Ratib al-Haddad turut disempurnakan pada malam itu
Pengenalan ringkas Imam al-Haddad - Disampaikan oleh Habib Abdul Rahman Isa al-Haddad (pengasas Hawi al-Khairat Malaysia). Rujuk catatan bebas saya tentang syarahannya disini
Kedatangan Syeikh Afifuddin al-Jilani disambut oleh para tetamu. Syeikh Afifuddin sampai ketika azan Isyak sedang berkumandang
Syarah Khas Haul Imam al-Haddad oleh Habib Abdul Rahman bin Hussain As-Seqaf. Syarahannya yang saya catat secara bebas boleh dirujuk disini
Syeikh Afifuddin al-Jilani menyampaikan syarahan. Catatan bebas syarahan ini boleh dirujuk disini
Giliran Habib Soleh al-Jufri menyampaikan syarahan. Catatan bebas saya tentang syarahan ini boleh dirujuk disini
Majlis selesai
Poster ulama laris macam goreng pisang panas
Assalamualaikum, saudara tau x kt mane ada jual kitab ratib hijau tu..
ReplyDeletetq