Wednesday, November 4, 2009

Saranan Mengenali Keturunan



Baru-baru ini saya menghadiri majlis ilmu al-Fadhil Ustaz Zaidi Abdullah. Beliau mensyarah kitab yang disusunnya sendiri yang bertajuk Subulus Saadah yang merupakan himpunan hadith dan sanad yang telah diriwayatkan gurunya iaitu (almarhum) Tuan Guru Haji Abdullah bin almarhum Tuan Guru Haji Abdurrahman. Ada satu hadith yang dikupas pada malam itu yang bagi saya patut dikongsi bersama dan hadith ini amat-amatlah dituntut untuk beramal dengannya. Hadith ini berkenaan dengan saranan mengenali keturunan yang telah diriwayatkan oleh al-Hakim, Abu Dawud al-Tayyalisi dan al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad secara mauquf. Hadith tersebut berbunyi begini,
Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah saw bersabda:
Kenalilah keturunan kamu pasti berhubung kekeluargaan kamu kerana tiada hampir hubungan persaudaraan apabila terputus keturunan sekalipun keturunan itu dekat dan tidak jauh hubungan kekeluargaan apabila berhubungan (pengetahuan salasilah) keturunan sekalipun jauh.

Pengajaran dari hadith diatas seperti yang disebut oleh al-Fadhil Ustaz didalam kitab ini ialah
1. Hadith ini menyarankan kita mengenali keturunan kita
2. Apabila hendak berziarah menjadi mudah jika kita kenali saudara-mara
3. Islam memelihara hubungan kekeluargaan


Kitab yang disyarah oleh al-Fadhil Ustaz pada malam itu

No comments:

Post a Comment